THEME

Wednesday 7 December 2011

Teknologi dan agensi pekerjaan


Teknologi maklumat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teknologi maklumat ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik.
Secara umumnya, teknologi maklumat ialah suatu alat utama dalam era maklumat. Alat ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital.
Teknologi maklumat ialah penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan dan penyebaran maklumat.
British advisory council for applied Research and Development mentakrifkan teknologi maklumat sebagai suatu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik pengurusan yang digunakan dalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta penggunaannya; komputer dan saling tindakan antara mesin (komputer dan manusia; dan hal yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan. (British advisory council for applied Research dan Development: Report on Information Technology; H.M. Stationery Office.1980)

Behan dan Homes (1990) pula mentakrifkan teknologi maklumat adalah suatu istilah untuk memerihalkan teknologi yang membolehkan kita untuk merekod, menyimpan, memproses, mendapat semula, menghantar dan menerima maklumat.

Martin dan rakan-rakannya mentakrifkan teknologi maklumat terdiri dari semua bentuk teknologi yang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi, komunikasi, persembahan dan menggunakan data (E.W. Martin et al. 1994).

Jika dilihat terhadap penggunaan teknologi dan agensi pekerjaan, ia sangat berguna untuk pencari kerja untuk mencari kerja. Bukan itu sahaja, dengan adanya teknologi ia telah merubah gaya hidup masyarakat untuk mencari kerja, kini pencari kerja dapat mencari kerja melalui berbagai-bagai-bagai alternatif. Tidak lagi hanya bergantung semata-mata terhadap media tradisional seperti surat khabar, radio dan sebagainya. Dengan adanya teknologi ini juga telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah menamatkan pengajian mereka. Peluang pekerjaan yang ada bukan sahaja dari dalam negara, malah para graduan ini dapat mencari pekerjaan di luar negara.

Kebiasaannya, negara-negara akan bergabung antara satu sama lain dalam menggunakan teknologi. Hal ini kerana dengan adanya teknologi, sesebuah negara tersebut akan dapat bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain. Oleh itu, jika dikaitkan dengan pekerjaan, ini dapat dijelaskan bahawa jika sesebuah negara itu kekurangan pakar misalnya pakar perubatan, mereka akan mencari pekerja yang mahir dalam bidang tersebut melalui laman-laman web agensi pekerjaan, di sana para pencari kerja akan dapat maklumat yang disebarkan tanpa mengira sempadan negara.

Hal ini turut berlaku di Malaysia, di mana, turut menyediakan peluang pekerjaan melalui kaedah internet. Di mana pemohon perlu memasukkan data dan maklumat peribadi mereka, dan jika bersesuaian dengan kelayakan yang mereka peroleh, pihak syarikat akan menghubungi pemohon tersebut. Hal ini dapat dilihat bahawa sememangnya teknologi amat membantu para pencari kerja, terutama teknologi internet.
Melalui carian laman web seperti JobStreet.com, JobMalaysia.gov.my, www.jpd.gov.my, ini telah memberi banyak peluang para pencari kerja untuk mencari kerja dengan cepat dan berkesan. Bukan itu sahaja, di Malaysia, perkembangan ini turut di bantu juga oleh kewujudan Multimedia Super Coridor (MSC) di mana telah memfokuskan kepada perubahan ekonomi yang berasakan pertanian kepada ekonomi perindustrian. Kewujudan MSC telah mewujudkan perniagaan melalui teknologi maklumat. Dan secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan yang semakin lama semakin meningkat.

Dapat dilihat juga, dengan adanya teknologi maklumat telah membantu organisasi untuk mencari pekerja bukan sahaja melalui enjin carian sahaja, malah mereka turut menyediakan iklan di merata-rata di mana, apabila para pencari kerja membuka laman web, iklan yang di iklankan akan mudah di lihat. Hal ini akan memudahkan urusan mereka.

Namun, perkara ini sebenarnya tidak digunakan sepenuhnya oleh graduan-graduan, hal ini kerana mereka sering kali memilih dalam jenis pekerjaan yang mereka. Hal ini menyebabkan sesetengah jenis pekerjaan masih banyak yang kosong dan ada sesetengah pekerjaan telah di isi oleh para graduan. Ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam pekerjaan itu sendiri. Tidak dapat dinafikan agensi pekerjaan yang terdapat di dalam internet membantu, tetapi sekiranya graduan-graduan hanya tertumpu terhadap sesuatu pekerjaan, hal ini akan menyukarkan laman web tersebut untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

No comments:

Post a Comment