THEME

Wednesday 7 December 2011

Teknologi dan agensi pekerjaan


Teknologi maklumat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teknologi maklumat ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik.
Secara umumnya, teknologi maklumat ialah suatu alat utama dalam era maklumat. Alat ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital.
Teknologi maklumat ialah penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan dan penyebaran maklumat.
British advisory council for applied Research and Development mentakrifkan teknologi maklumat sebagai suatu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik pengurusan yang digunakan dalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta penggunaannya; komputer dan saling tindakan antara mesin (komputer dan manusia; dan hal yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan. (British advisory council for applied Research dan Development: Report on Information Technology; H.M. Stationery Office.1980)

Behan dan Homes (1990) pula mentakrifkan teknologi maklumat adalah suatu istilah untuk memerihalkan teknologi yang membolehkan kita untuk merekod, menyimpan, memproses, mendapat semula, menghantar dan menerima maklumat.

Martin dan rakan-rakannya mentakrifkan teknologi maklumat terdiri dari semua bentuk teknologi yang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi, komunikasi, persembahan dan menggunakan data (E.W. Martin et al. 1994).

Jika dilihat terhadap penggunaan teknologi dan agensi pekerjaan, ia sangat berguna untuk pencari kerja untuk mencari kerja. Bukan itu sahaja, dengan adanya teknologi ia telah merubah gaya hidup masyarakat untuk mencari kerja, kini pencari kerja dapat mencari kerja melalui berbagai-bagai-bagai alternatif. Tidak lagi hanya bergantung semata-mata terhadap media tradisional seperti surat khabar, radio dan sebagainya. Dengan adanya teknologi ini juga telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah menamatkan pengajian mereka. Peluang pekerjaan yang ada bukan sahaja dari dalam negara, malah para graduan ini dapat mencari pekerjaan di luar negara.

Kebiasaannya, negara-negara akan bergabung antara satu sama lain dalam menggunakan teknologi. Hal ini kerana dengan adanya teknologi, sesebuah negara tersebut akan dapat bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain. Oleh itu, jika dikaitkan dengan pekerjaan, ini dapat dijelaskan bahawa jika sesebuah negara itu kekurangan pakar misalnya pakar perubatan, mereka akan mencari pekerja yang mahir dalam bidang tersebut melalui laman-laman web agensi pekerjaan, di sana para pencari kerja akan dapat maklumat yang disebarkan tanpa mengira sempadan negara.

Hal ini turut berlaku di Malaysia, di mana, turut menyediakan peluang pekerjaan melalui kaedah internet. Di mana pemohon perlu memasukkan data dan maklumat peribadi mereka, dan jika bersesuaian dengan kelayakan yang mereka peroleh, pihak syarikat akan menghubungi pemohon tersebut. Hal ini dapat dilihat bahawa sememangnya teknologi amat membantu para pencari kerja, terutama teknologi internet.
Melalui carian laman web seperti JobStreet.com, JobMalaysia.gov.my, www.jpd.gov.my, ini telah memberi banyak peluang para pencari kerja untuk mencari kerja dengan cepat dan berkesan. Bukan itu sahaja, di Malaysia, perkembangan ini turut di bantu juga oleh kewujudan Multimedia Super Coridor (MSC) di mana telah memfokuskan kepada perubahan ekonomi yang berasakan pertanian kepada ekonomi perindustrian. Kewujudan MSC telah mewujudkan perniagaan melalui teknologi maklumat. Dan secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan yang semakin lama semakin meningkat.

Dapat dilihat juga, dengan adanya teknologi maklumat telah membantu organisasi untuk mencari pekerja bukan sahaja melalui enjin carian sahaja, malah mereka turut menyediakan iklan di merata-rata di mana, apabila para pencari kerja membuka laman web, iklan yang di iklankan akan mudah di lihat. Hal ini akan memudahkan urusan mereka.

Namun, perkara ini sebenarnya tidak digunakan sepenuhnya oleh graduan-graduan, hal ini kerana mereka sering kali memilih dalam jenis pekerjaan yang mereka. Hal ini menyebabkan sesetengah jenis pekerjaan masih banyak yang kosong dan ada sesetengah pekerjaan telah di isi oleh para graduan. Ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam pekerjaan itu sendiri. Tidak dapat dinafikan agensi pekerjaan yang terdapat di dalam internet membantu, tetapi sekiranya graduan-graduan hanya tertumpu terhadap sesuatu pekerjaan, hal ini akan menyukarkan laman web tersebut untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

Kepentingan Dan Kesan Teknologi Komunikasi Kepada Pekerjaan

Teknologi memainkan peranan penting dalam pekerjaan dan memberi kesan ke atas generasi akan datang. Malah, menunjukkan penggunaan teknologi dalam pekerjaan sangat menitikberatkan inovasi dalam membawa arus pemodenan dalam pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun. Oleh hal yang demikian, menurutCastells tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya. Dalam pada itu, untuk sesetengah pekerjaan yang dianggap semakin tidak penting walaupun terdapat pekerjaan baru yang kian meningkat. Namun demikian, kuantiti hubungan di antara kerugian dan keuntungan tersebut adalah berbeza di antara firma, industri, sektor, wilayah dan negara. Hal ini, ianya bergantung kepada keupayaan daya saing, strategi firma, dasar kerajaan, persekitaran institusi dan kedudukan relatif dalam ekonomi global. Bagi menstukturkan semula kepercayaan dalam membuat keputusan yang lebih efektif dimana setiap pengguna perlu mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dalam pekerjaan. Bidang teknologi memberi peluang yang cerah dalam menimba pelbagai pengetahuan yang lebih berguna pada masa hadapan dimana generasi akan datang lebih berinformasi serta mengekalkan tahap hubungan yang lebih baik di antara semua pihak yang berkaitan dengannya.

Dalam pada itu, menurutOrganization for Economic Cooperation and Development (OECD), pada awal abad ke-21 telah dijangkakan akan terdapat peningkatan pekerjaan bagi negara-negara tersebut di negara Amerika Syarikat dimana pada tahun 1992-2005, akan mengalami peningkatan pekerjaan bersih 24 juta (peningkatan 19% sepanjang tempoh), Jepun, 4 juta(peningkatan 6%), dan Kesatuan Eropah lebih kurang 10 juta(peningkatan 6-7%). Namun unjuran ini, adalah amat sensitif kepada kepelbagaian dalam andaian yang digunakan. Hal ini, evolusi tahap pekerjaan tidak diberikan kerana ianya amat bergantung kepada tahap penggunaan teknologi tersebut oleh masyarakat, atas dasar penghijrahan, evolusi keluarga, pengagihan tempoh pekerjaan dalam hidup dan sistem baru dalam perhubungan industri. Justeru itu, teknologi maklumat tidak akan menyebabkan pengangguran walapun ia secara nyatanya mengurangkan tempoh kerja per unit pengeluaran.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ianya akan membawa kepada pengasingan jenis pekerjaan yang lebih nyata terutamanya pekerjaan yang berkaitan dengan maklumat dan pekerjaan yang tidak nyata. Oleh itu, perlu menyimbangi penggunaan pekerjaan dalam membentuk setiap urusan dalam pekerjaan lebih bermutu serta berkualiti mengikut jenis pekerjaan tersebut. Malah, sentiasa mengaptasikan pembaharuan teknologi dalam bidang pekerjaan. Disamping itu juga, dapat mengurangkan pengangguran di kalangan siswazah dan memberi peluang yang cerah dalam membuka setiap peluang kepada golongan ini supaya lebih berminat untuk menceburi bidang teknologi. Pendekatan ini lebih efektif untuk menjayakan seruan dimana untuk menggalakkan semua pihak yang terlibat supaya memasuki bidang teknologi dalam pekerjaan.Menurut DATUK DR. MAXIMUS J. ONGKILI, kehadiran teknologi dalam pekerjaan khususnya dalam tempat-tempat yang kurang maju seperti negeri Sabah, untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah, menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan bandar dan luar bandar serta memastikan pengurusan hasil kekayaan negeri yang lebih bijak dan sistematik.

Penggunaan teknologi dalam pekerjaan juga, menjuruskan urusan-urusan pengeluaran dan pemasaran secara elektronik dengan penjimatan-penjimatan kos melalui Pesanan-Pesanan Elektronik dalam E-dagang dan Pengeluaran Just-in-Time. Manakala, dalam proses globalisasi telah menukar kepada pendekatan-pendekatan pengeluaran, serta penggabungan-penggabungan di antara syarikat dan industri. Antaranya, adalah seperti di dalam industri otomotif dunia, dan membuat peenukaran dalam konsep pengeluaran. Kini, syarikat-syarikat melihat dunia sebagai lokasi pengeluaran, dengan membuat pemilihan satu tapak yang bersesuaian dengan tahap serta bentuk daya saing dan kosnya. Oleh itu, Malaysia dipilih sebagai tapak Operasi Perkilangan yang berasaskan sumber dan nilai tambah yang tinggi. Sebagai contohnya, di negeri China menjadi lokasi pilihan untuk pengeluaran intensif buruh. Hal ini kerana, di China sangat sesuai untuk menempatkan sebuah lokasi yang strategik untuk intensif buruh.

Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain itu, ianya menjadi komponen yang penting dalam perniagaan dimana setiap perhubungan adalah harmoni di antara teknologi dan perniagaan yang harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan mahupun peringkat global. Dalam mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai penggunaan teknologi dalam perniagaan perlu bijak untuk mendapatkan sebarang maklumat penting tentang pekerjaan tersebut. Tambahan pula, teknologi kini terdapat banyak informasi yang membolehkan pengguna untuk berusaha dengan merebut peluang yang ada. Hal ini, membawa kepada adaptasi pembaharuan yang lebih berkesan dan memberi cenderung dalam mendapatkan impak yang positif dimana sesebuah perniagaan atau pekerjaan sangat mementingkan perubahan secara cepat dan pantas.

Manakala, bagi pandangan Dr. Martin Berlin iaitu Pengurus Pengambilan, McKinsey & Company (Malaysia), bahawa teknologi yang diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan. Malah, bidang teknologi akan terus menjadi sebahagian atau komponen dalam pelbagai jenis perniagaan mahupun pekerjaan. Terdapat banyak pembangunan teknologi sejak kebelakangan ini dimana ianya dibiayai oleh pemodal teroka. Sumbangan ini, dapat menarik lebih ramai peneroka untuk menceburi dalam bidang teknologi dalam pekerjaan. Penglibatan yang lebih banyak dalam bidang ini akan membantu dalam generasi akan datang mengenai keberkesanan dalam pemulihan teknologi dari semasa ke semasa. Teknologi ini sangat memainkan peranan dalam membentuk haluan yang berstruktur untuk menjadikan lebih kreatif untuk generasi pada masa hadapan. Generasi akan datang akan membentuk satu lagi inovasi yang lebih baik bagi memperluaskan usul yang telah dibawa oleh kini hingga seterusnya. Walaubagaimanapun, terdapat kesan positif mahupun sebaliknya dalam mencapai tahap yang lebih efisyen dalam kerjaya berdasarkan teknologi dalam pekerjaan. Pencapaiannya, perlu fokus seiring dengan pemodenan yang global serta setaraf di semua peringkat untuk menjayakan program ini supaya mendapat kesan yang seimbang di antara satu sama lain.

Justeru itu, realiti kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Hal ini, dapat dilihat dimana usaha seseorang itu penting dalam mencapai sasaran yang tersendiri dan mencapai objektif berdasarkan motif yang utama. Bagi pandanganRamesh, dimana syarikat perlu mengetahui asas perniagaan yang baik untuk mengenalpasti ekonomi baru kerana model perniagaan yang baik adalah dari segi kewangan untuk mendapat keuntungan. Dalam pada itu, teknologi pada asasnya hanya membantu pengusaha untuk mengenalpasti model dimana kenyataan bahawa perniagaan perlu asas dan model yang baik. Sebagai contohnya, model terbaru seperti 'brick and click'sekali pun perlu asas perniagaan yang baik untuk dijalankan. Jika tiada model perniagaan yang baik untuk digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu tidak akan berjaya. Selain itu, kehadiran teknologi dalam pekerjaan akan meminggirkan beberapa pekerjaan yang menggunakan modal insan. Malah, pekerjaan-pekerjaan tersebut akan digantikan dengan penggunaan mesin atau jentera yang berinovasikan teknologi canggih. Oleh itu, teknologi dalam pekerjaaan memainkan peranan penting dan memberi kesan ke atas generasi pada masa hadapan dimana penggunaan teknologi akan memberi impak yang positif mahuapun negatif kepada penggunaan sekiranya tidak menilai dengan baik. Malah, perlu mengimbangi secara keseluruhan tentang komponen dalam setiap sudut mengenai kemampuan teknologi dalam pekerjaan.

TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN

Implementasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (selepas ini dipanggil ICT) dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu fenomena biasa. Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an. Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat. Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja. Rasional berrmaksud memudahkan prosedur operasi bagi mengelakkan bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur lebih berkesan. 
 
 

Kedua-dua model ini merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu memberikan penekanan kepada proses membangun, merancang, membina dan mengawal. Sementara perekayasaan pula merujuk kepada mereka semula proses-proses perniagaan dengan tujuan utama untuk mengurangkan kos dan masa secara signifikan. Perubahan paradigma merupakan proses perekayasaan yang lebih radikal melibatkan mengkonsepsi semula proses perniagaan dan ciri organisasi. Menurut Davies (1996), pendekatan perekayasaan merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke 21.

Justeru, ICT sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Pengurus sekolah tidak dapat dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan, menganalisis, sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.

Secara umum ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit.

Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT.


Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan dimanfaatkan kerana sukar dicapai. Tetapi kini dengan bantuan ICT, pengurusan sekolah dapat bekerjasama, berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Mahkamah dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah dan cepat apabila maklumat sentiasa dapat dikemaskinikan.

Selain itu tugas pengurusan pejabat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, pengurusan stok, inventori, pembelian dan pelupusan barang memerlukan satu sistem yang memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan penting. “Sistem Sokongan Keputusan” (DSS) adalah perisian komputer yang boleh menganalisis data dan dapat memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan output yang ditunjukkan.

Reigelath (1987), berpendapat struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila masyarakat cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat. Berdasarkan kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatannya harus disesuaikan dengan arus perkembangan ICT terkini.

Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Sebagai pengurus pendidikan sewajarnya mempastikan guru-guru mempunyai kebolehan dan kemahiran memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.

Menurut Stair dan Reynolds (1999), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap. Justeru itu pengurus sekolah seharusnya menyiapkan diri dengan kepakaran dan kelebihan dalam teknologi maklumat ini kerana kemampuan mereka itu akan memudahkan sekolah diurus dengan berkesan dan cemerlang dan boleh menghadapi perubahan-perubahan drastik dalam dunia pendidikan.

Kementerian Pendidikan umpamanya sebagai badan induk dunia pendidikan telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum ICT dalam KBSR dan KBSM. Di samping sifat ICT itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had maka adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini.
 
 

Dalam konteks sekolah kini, kebanyakan sistem pengurusan pejabat menggunakan peralatan komputer dengan menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk kewangan sekolah, sistem sokongan keputusan (DSS) untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, sistem maklumat pengurusan (MIS) yang membolehkan capaian mudah kepada data pelajar dan staf, sistem pengautomasian pejabat (OAS) untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian pejabat dengan menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini. Selain itu satu aplikasi komputer dalam pengurusan skim pinjaman buku teks dibangunkan menggunakan perisian dBase IV dapat membantu pengurusan dalam proses pinjaman buku.

Keadaan-keadaan ini amat menuntut pengurus sekolah supaya sama-sama bergerak seiring dengan arus perubahan tersebut supaya mereka menjadi seorang pengurus, pemimpin dan pentadbir yang berketrampilan dan berwibawa seperti mana pandangan Zarina Zakaria (1998) yang menyatakan bahawa ekspektasi pentadbir sekolah terhadap sistem-sistem maklumat dan sikap mereka terhadap penggunaan komputer memberikan impak yang besar kepada kejayaan sekolah.

Pengurus pendidikan harus menitikberatkan ICT sebagai satu pemboleh ubah penting dalam mewujudkan sistem pengurusan berprestasi tinggi. Secara khusus, pengurusan ICT menekankan pencapaian kecekapan pengurusan dengan memastikan maklumat yang betul dapat diperoleh tepat pada masanya. Untuk mencapai ini, peranan ICT sentiasa ditambah baik bagi meningkatkan integrasi dengan proses pengurusan. Misalnya komunikasi yang melibatkan proses penghantaran dan penerimaan mesej. Melalui komunikasi pengurusan dan pentadbiran sekolah boleh berkongsi maklumat-maklumat yang berguna untuk sebarang urusan. Bentuk komunikasi seperti surat-menyurat, memo, fax, pesanan suara dan telefon adalah menjadi kebiasaan di mana-mana.

Hakikatnya memang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi sekolah yang mendorong untuk menjadikan sekolah sebuah organisasi pembelajaran dan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga sekolah. Oleh itu, perkembangan teknologi ICT perlu diteroka semaksimum mungkin bagi digunakan dalam melaksanakan misi pengurusan. Penggunaan teknologi tidak boleh lagi terhad kepada aspek tertentu sahaja, sebaliknya ia perlu menyeluruh dan bersepadu supaya perkongsian maklumat di dalam dan di antara agensi dapat dimanfaatkan bagi tujuan pemantauan serta penilaian keberkesanan dasar dan matlamat pengurusan maklumat.

Peranan tekonologi kepada pekerjaan

Penggunaan teknologi dalam pekerjaan tidak boleh disangkal terutamanya dalam industri berat di Malaysia seperti Hicom,Proton,Perodua dan sebagaimya.

Penggunaan teknologi ini dikatakan dapat meringankan beban pekrja dan juga mengurangkan kos dalam menguruskan sistem pemasangan dalm sesebuah kilang  terutama industri yang telah disebutkan tadi. Penggunaan tangan elektronik unutk mengangkat komponen-komponen kenderaan ini telah membantu mempercepatkan pengeluaran kilang tersebut.


Selain itu,pengunaan teklogi seperti ini dalam industri berat telah memberi imipak yang besar kerana ianya penting dalam pengeluaran sesuatu produk bagi menampung permintaan yang semakin meningkat dari dalam dan luar negara yang sememangnya memerlukan bantuan teknologi bagi memenuhi pemintaan dan juga selari dengan teknologi yang kini berkembang pesat agar Malaysia tidak ketinggalan dalam penhasilan produk yang berkualiti. Sebagai contoh Proton telah mengumumkan pengeluaran Model Proton baru yang dinamakan P3-21A dimana model ini dibina berdasarkan peraturan dan kaedah global terkini yang mengawal pelbagai parameter termasuk pemancaran serta piawai keselamatan dan menjadikan ianya model kereta Malaysia pertama yang menjadi kereta global generasi baru. Ini mungkin membuka satu ruang pekerjaan baru yang menjadi satu pekerjaan yang baru deng teknologi yang baru.

Selain itu, penggunaan teknologi ini juga memberi satu impak baru kepada pengeluaran dan pengurusan yang berlandaskan elektronik danmembantu memudahakan urusan-urusan seperti perbankan,peniagaan dan sebagainya dengan kemudahan seperti perbankan elektronik dan juga e dagang yang sememangnya menjadi satu aliran baru kepada urusan-urusan seperti yang dinyatakan dan mengelak daripada karenah birokrasi yang sering berlaku dalam setiap pengurusan terutamanya pentadbiran kerajaan.

Sememangnya pengunaan teknologi ini memberi satu impak yang positif kepada pengeluaran dan juga sebagai pemudah cara kepada pengurusan sesuatu industri. Apabila pengeluaran dapat menampung permintaan pengguna ini akan memberi keunutngan kepada sesuatu industri tersebut.

Berlainan pula yang berlaku jika kita melihat kepada aspek tenaga buruk dalam kontek di Malaysia,pengunaan teknologi ini telah memberi satu impak yang negatif kepada pengunaan tenaga buruh di Malaysia, penggunaan tenaga buruh mahir dan tidak mahir sedikit sebanyak akan diganti dengan teknologi seprti robot dan sebagainya.

Oleh sebab itu,sektor pekerjaan baru terpaksa diwujudkan bagi menampung dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat dan setrusnya meningkatkan KDNK negara dalam pelabgai bidang dan mengurangkan defisit dalam akaun negara setiap tahun.

AGENSI PEKERJAAN DAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT









Kini masalah pengangguran dan kesukaran untuk mencari pekerjaan merupakan suatu fenomena yang mendapat liputan meluas di Malaysia. Walaubagaimanapun, perkembangan agensi pekerjaan  adalah amat memberansangkan di Malaysia dan kini mempunyai lebih daripada 49 buah agensi pekerjaan yang berdaftar memberi perkhidmatan secara online. Hal ini adalah selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat dan sejajar dengan misi negara untuk menjadi negara maju. Menurut YB Datuk Dr. S. Subramaniam,Menteri Sumber Manusia dalam ucapan beliau sewaktu perasmian Kempen SkillsMalaysia2011, Kementerian Sumber Manusia dalam usaha untuk memperkasakan kemahiran tenaga manusia dengan pengemblengan usaha bersama agensi-agensi pekerjaan swasta dalam mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak terutamanya kepada graduan dan lepasan institut kemahiran.
Agensi pekerjaan menurut Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 didefinisikan sebagai suatu badan yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan pekerjaan dan menjadi perantara majikan atau syarikat dan orang yang mencari pekerjaan. Menurut kamus dewan edisi pelajar ke-2, teknologi maklumat adalah perkembangan atau kemajuan yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem­prosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik. Oleh itu, perkembangan teknologi maklumat merupakan medium terbaik dalam menyumbang kepada perkembangan industri pekerjaan justeru menyebabkan banyak agensi pekerjaan secara online berkembang dengan pesat. Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) mula berkuatkuasa pada 19 Febuari 1981. Akta ini mengatakan bahawa seseorang yang ingin menjalankan urusan agensi pekerjaan swasta hendaklah mempunyai lesen yang telah disahkan daripada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia.Akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya adalah bertujuan untuk mengawal aktiviti agensi pekerjaan swasta serta menjaga kepentingan pencari-pencari kerja yang warganegara Malaysia sama ada di dalam atau di luar negara. Ini selaras dengan hasrat mewujudkan perkhidmatan pekerjaan yang lebih cekap dan berkesan di sektor swasta.Aktiviti perlesenan dibahagi kepada permohonan baru,pembaharuan lesen, endorsan, pertukaran premis dan pertukaran nama serta status agensi. Akta ini adalah turut melibatkan agensi online atau atas talian.
Antara agensi pekerjaan online yang awal wujud di Malaysia adalah JobStreet.com. Portal ini diwujudkan untuk memberikan perkhidmatan mencari kerja kepada orang ramai di Malaysia.


Selain dari mensasarkan golongan menganggur untuk menerima perkhidmatan mereka, Jobstreet turut mensasarkan golongan pelajar yang bakal bergraduasi dengan memberikan perkhidmatan yang akan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka sebaik sahaja menamatkan pelajaran. Perkhidmatan ini amat menarik minat ramai pelajar dan mendapat usahasama dari institusi-institusi pendidikan untuk mengadakan pesta kerjaya dan khidmat kaunseling kerjaya kepada pelajar mereka.
Capaian internet yang amat mudah pada masa kini memudahkan orang ramai untuk melayari internet pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja menjadi punca perkembangan teknologi maklumat. Perkembangan ini seterusnya membawa kepada kewujudan lebih banyak agensi pekerjaan online terutamanya. Kesimpulannya, perkembangan teknologi maklumat adalah punca kepada perkembangan industri agensi pekerjaan.

Ainur Natasha Bt Roslan
107844
Komunikasi / 2 (Persuasive)

- Peranan Teknologi dalam Agensi Pekerjaan -

Peredaran teknologi juga dilihat telah memberi perubahan terhadap cara masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya remaja lepasan dari institusi pengajian tinggi yang baru hendak mencari pengalaman dalam suasana pekerjaan. Teknologi komunikasi memberi pelbagai kemudahan dan menghubungkan masyarakat  masyarakat dunia supaya menjadi satu mayarakat yang bermaklumat. Hampir keseluruhan negara mempunyai rangkaian telekomunikasi agar dapat berhubung dengan negara lain dan membolehkan berlakunya interaksi dengan pelbagai negara maka pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama. Bukan itu sahaja teknologi juga telah mengubah gaya hidup dari pelbagai sudut sehinggalah cara untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke 4, teknologi ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang menggunakan pengetahuan sains untuk diaplikasikan di dalam pelbagai bidang seperti industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan seumpamanya. Sementalahan itu, teknologi telah dipraktiskan secara elektronik iaitu melalui penggunaan teknologi komputer dan juga telekomunikasi untuk tujuan penyebaran maklumat. Ini menunjukkan perkembangan dunia komunikasi sangat berkait rapat dengan perkembangan teknologi

     Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan beberapa panduan untuk kemajuan negara Malaysia dalam abad kedua puluh satu. Untuk  mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 (Mahathir 1991), penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu. Malaysia perlu melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Dalam membincangkan mengenai aliran perubahan sekarang, rata-rata tidak memahami apa kaitan teknologi dengan dunia pekerjaan. Namun sekarang banyak agensi pekerjaan yang bergantung dengan teknologi. Apabila kerajaan telah mempelkenalkan Multimedia Super Coridor atau MSC, bidang pekerjaan juga turut mendapat pelbagai kemudahan . dengan Kewujudan MSC ini, ia telah mengwujudkan perniagaan interprise berasaskan kepada teknologi maklumat. Disamping itu juga, kemajuan tenologi maklumat telah membekalkan kelas infrastruktur komunikasi, pelabur dapat melibatkan diri dalam membangunkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pada masa sekarang , dengan bantuan teknologi kini, banyak agensi-agensi  dapat dicapai dengan hanya satu klik sahaja. Hal ini amat memudahkan para siswazah atau orang awm untuk mencari atau mendapatkan makluamat tentang perkerjaan dan untuk memohon pekerjaan di agensi-agensi ini.

            jika dilihat pada zaman kini, penguuna teknologi sudah mula berkembang dan ini telah memudahkan agensi-agensi pekerjaan mempromosikan pekerjaan  di syarikat mereka. Hanya dengan mempostkan jawatan kosong yang ditawarkan di beberapa laman web yang menjadi laman untuk mencari pekerjaan, ia sekarang dilihat amat mudah bagi individu-individu mencari pekerjaan yang mereka inginkan. Disini beberapa contoh laman web yanng menjadi “search engine” bagi duinia pekerjaan..antaranya ialah :
1.      JobStreet.com
2.      JobMalaysia.gov.my
3.      www.jpd.gov.my
dengan bantuan daripada laman web ini, sekarang masyarakat dapat mencari pekerjaan dengan mudah dan berkesan.

         Teknologi maklumat dan agensi pekerjaan dilihat amat bergantung satu sama lain. Hal ini kerana apabila dilihat kembali, jaringan luas internet telah menjadi salah satu peyumbang kepada pembentukkan budaya dimana sekarang hanya melayari internet sahaja, kita sudah dapat mengetahui pelbagai maklumat, termasuklah maklumat berkenaan dengan dunia pekerjaan. Hal ini dapat dilihat dengan wujudnya Dasar Sains Dan Teknologi Negara dimana salah satu usaha untuk Pembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan menjayakan pelaksanaan program dengan segera dan usaha mempercepatkan perindustrian adalah hasrat utama Wawasan 2020. Antara Strategi pembangunan dasar ini  yang menjadi asas kepada keupayaan memajukan satu sektor perindustrian yang dinamik akan meliputi beberapa faktor utama seperti berikut:
(i)  Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial
(ii) Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara Dengan Dasar-Dasar 
       Lain

(iii) Peningkatan Perkhidmatan Saintifik
(iv)  Berdikari
(v)  Penyelidikan dan Pembangunan (P & P) .

Dengan wujudnya teknologi ini, maka proses untuk mencari pekerja amatlah mudah bagi agensi-agensi dan juga individu . jika teknologi ini digunakan untuk mencari tenaga pekerja yang ramai, ia dilihat sangat berkesan kerana rata-rata masyarakat kini sudah terdedah kepada teknologi maklumat. Disamping itu juga pencapaian internet yang tinggi setelah wujudnya MSC memudahkan lagi agensi-agensi pekerjaan mengiklankan jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan, dengan hanya menggunakan medium komunikasi.

Teknologi Dan Agensi Pekerjaan


     
 Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke 4, teknologi ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang menggunakan pengetahuan sains untuk diaplikasikan di dalam pelbagai bidang seperti industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan seumpamanya. Sementalahan itu, teknologi telah dipraktiskan secara elektronik iaitu melalui penggunaan teknologi komputer dan juga telekomunikasi untuk tujuan penyebaran maklumat. Ini menunjukkan perkembangan dunia komunikasi sangat berkait rapat dengan perkembangan teknologi.

Peredaran teknologi juga dilihat telah memberi perubahan terhadap cara masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya remaja lepasan dari institusi pengajian tinggi yang baru hendak mencari pengalaman dalam suasana pekerjaan. Teknologi komunikasi memberi pelbagai kemudahan dan menghubungkan masyarakat  masyarakat dunia supaya menjadi satu mayarakat yang bermaklumat. Hampir keseluruhan negara mempunyai rangkaian telekomunikasi agar dapat berhubung dengan negara lain dan membolehkan berlakunya interaksi dengan pelbagai negara maka pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama. Bukan itu sahaja teknologi juga telah mengubah gaya hidup dari pelbagai sudut sehinggalah cara untuk mendapatkan pekerjaan.

Contohnya di Malaysia kewujudan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memfokuskan kepada perubahan ekonomi dari ekonomi pertanian kepada ekonomi perindustrian. MSC memfokuskan kepada pendidikan, kesihatan, kerajaan dan pengeluaran dengan mengwujudkan rangka kerja untuk masyarakat bermaklumat. MSC memberikan projek yang lebih kepada sektor perkhidmatan. Kewujudan MSC telah mewujudkan perniagaan interprise berasaskan kepada teknologi maklumat. Kelebihan lainnya adalah kemajuan tenologi maklumat telah membekalkan kelas infrastruktur komunikasi, pelabur dapat melibatkan diri dalam membangunkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. (Wang Lay Kim; Malaysian women in the information and challenges).Menurut Daniel Bell (1973),masyarakat zaman industri telah berubah secara mendadak melalui aktiviti pengeluaran berubah kepada barangan perkhidmatan yang berasaskan maklumat.

Dengan kepesatan teknologi meyebabkan peluang kian bertambah dan dapat membantu meningkatkan pendapatan negara. Oleh kerana dunia telah berubah kehidupan manusia juga turut berubah kerana apabila teknologi berada dihujung jari, kita mampu untuk mendapatkan segala maklumat yang berfaedah dan tidak bermanfaat. Bagaimanapun, perkara tersebut bergantung kepada individu tersebut bagaimanakah cara ia menggunakan teknologi. Mereka boleh untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat ataupun tidak . Salah satu perkara yang boleh dimanfaatkan melalui penggunaan teknologi adalah dengan mencari peluang pekerjaan. 

Terdapat berbagai agensi pekerjaan yang dapat membantu individu ataupun masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan. Ia hanya bergantung kepada kita bagaimanakah caranya kita mengakses kepada sesuatu pekerjaan. Antara agensi yang terkenal dan sering dikaitkan dengan pekerjaan adalah Jobstreet, Yahoo, Monster.com, Mudah.my yang juga menawarkan peluang pekerjaan dan bukan sekadar menawarkan lelongan barangan. Begitu juga dengan portal kerajaan yang kini bersifat maya untuk rakyat mendapatkan peluang pekerjaan di jabatan kerajaan. Portal tersebut adalah spa8.gov.com.my. dan juga Jabatan Buruh yang turut menawarkan peluang mencari kerja kepada masyarakat secara maya. Mereka menjadi pusat rujukan kepada rakyat untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan adanya teknologi seperti internet, masyarakat dapat mengakses terus kepada kerajaan tanpa perlu pergi ke pejabat buruh lagi. 


Individu yang ingin mencari pekerjaan hanya perlu menaip resume dan menghantar kepada organisasi yang dipilih dan dirasakan bersesuaian dengan kelayakkan, pengalaman sedia ada serta memenuhi syarat yang diingini organisasi tersebut. Kemudian pemohon hanya perlu menghantar e-mail kepada syarikat tersebut atau menelefon untuk mendapat pengesahan dari pihak organisasi tersebut. Kemudian sebarang maklumbalas dan jawapan akan diberikan melalui e-mail. Bak kata Marshall McLuhan di dalam teorinya “Global Village”, teknologi membantu memudahkan kehidupan manusia dan juga dapat menjimatkan masa serta menyebabkan manusia mempunyai banyak masa terluang.

Golongan muda seperti remaja yang menganggur atau lepasan universiti berpeluang mencari kerja sepenuh masa atau sambilan mengikut kelayakan serta kemahiran yang mereka miliki asalkan mempunyai kemahuan untuk mencari pekerjaan. Namun apa yang dapat dilihat masa kini, kebanyakkan remaja tidak menggunakan teknologi ini dengan bijak dengan membazirkan masa lapang mereka dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak, bermain komputer games dan sebagainya di mana masa tersebut sepatutnya diluangkan dengan bagi mengasah kemahiran untuk persediaan ke alam pekerjaan nanti. Oleh itu penting untuk teknologi serba canggih ini digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencari peluang pekerjaan dan untuk tujuan berfaedah yang lain. Terdapat banyak agensi-agensi pekerjaan milik swata atau kerajaan di Malaysia yang boleh dicapai melalui satu klik ke website milik agensi-agensi pekerjaan tersebut, antaranya ialah:-

www.spa.gov.my -Website ini disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti diminta untuk mendapatkan peluang pekerjaan di perkhidmatan awam.
JenJOBS.com - http://www.jenjobs.com
Website ini membekalkan perkhidmatan untuk mengrekrut pencari kerja dan majikan cara terbaik untuk mendapatkan pekerja terbaik dan menjadi majikan yang bertanggungjawab.
Aspirasi Graduan - http://www.graduan.com.my
Membuka peluang dan membangunkan pekerjaan kepada graduan Malaysia.

Sumber pekerjaan online Malaysia -http://www.jobpolitan.com.my
Menjadi perhentian kepada pencari kerja dan pekerja.
Jobs.mailMalaysia.WS - http://jobs.mailmalaysia.ws
Membekalkan majikan dengan akaun, dan resume secara percuma dan juga sumber kerjaya.
IT Freelance Centre (Malaysia) - http://freelance.itgo.com
CL Search Sdn Bhd - http://www.clsearchsb.com/

New Horizons Computer Learning Centre –
http://www.newhorizons.com.my/corporate/employment.html
Agensi Pekerjaan Timeless Gateway Sdn Bhd -http://www.aptg.com.my
C L Ng & Associates - http://www.strategyinbusiness.com
Executive Search, Recruitment, And Headhunting -http://www.aspacsearch.com
CareerVenue.com - Malaysia - http://my.careervenue.com
CareerNext - http://www.my.careernext.com
JobStreet - http://www.jobstreet.com/default.htm


Hampir kesemua agensi di atas menawarkan perkhidmatan pekerjaan, mengrekrut pekerja, membekalkan pengetahuan dari dalam undang-undang pekerjaan, mencari pekerja yang berbakat, sumber manusia, meyediakan perkhidmatan nasihat berkaitan dengan pengurusan pekerja dan perniagaan. Ada di antara agensi yang menyediakan pusat latihan kepada pekerja secara atas talian. Melalui teknologi manusia hanya perlu mengakses kepada apa yang mereka kehendaki dan perlu cepat bertindak mengambil peluang yang disediakan kerana persaingan amat tinggi pada masa ini.

Dari : NOOR AIMAN BIN ABD AZIZ
          KOMUNIKASI/2
          107902
          900108-01-6471