THEME

Wednesday 7 December 2011

Teknologi Dan Agensi Pekerjaan


     
 Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke 4, teknologi ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang menggunakan pengetahuan sains untuk diaplikasikan di dalam pelbagai bidang seperti industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan seumpamanya. Sementalahan itu, teknologi telah dipraktiskan secara elektronik iaitu melalui penggunaan teknologi komputer dan juga telekomunikasi untuk tujuan penyebaran maklumat. Ini menunjukkan perkembangan dunia komunikasi sangat berkait rapat dengan perkembangan teknologi.

Peredaran teknologi juga dilihat telah memberi perubahan terhadap cara masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya remaja lepasan dari institusi pengajian tinggi yang baru hendak mencari pengalaman dalam suasana pekerjaan. Teknologi komunikasi memberi pelbagai kemudahan dan menghubungkan masyarakat  masyarakat dunia supaya menjadi satu mayarakat yang bermaklumat. Hampir keseluruhan negara mempunyai rangkaian telekomunikasi agar dapat berhubung dengan negara lain dan membolehkan berlakunya interaksi dengan pelbagai negara maka pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama. Bukan itu sahaja teknologi juga telah mengubah gaya hidup dari pelbagai sudut sehinggalah cara untuk mendapatkan pekerjaan.

Contohnya di Malaysia kewujudan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memfokuskan kepada perubahan ekonomi dari ekonomi pertanian kepada ekonomi perindustrian. MSC memfokuskan kepada pendidikan, kesihatan, kerajaan dan pengeluaran dengan mengwujudkan rangka kerja untuk masyarakat bermaklumat. MSC memberikan projek yang lebih kepada sektor perkhidmatan. Kewujudan MSC telah mewujudkan perniagaan interprise berasaskan kepada teknologi maklumat. Kelebihan lainnya adalah kemajuan tenologi maklumat telah membekalkan kelas infrastruktur komunikasi, pelabur dapat melibatkan diri dalam membangunkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. (Wang Lay Kim; Malaysian women in the information and challenges).Menurut Daniel Bell (1973),masyarakat zaman industri telah berubah secara mendadak melalui aktiviti pengeluaran berubah kepada barangan perkhidmatan yang berasaskan maklumat.

Dengan kepesatan teknologi meyebabkan peluang kian bertambah dan dapat membantu meningkatkan pendapatan negara. Oleh kerana dunia telah berubah kehidupan manusia juga turut berubah kerana apabila teknologi berada dihujung jari, kita mampu untuk mendapatkan segala maklumat yang berfaedah dan tidak bermanfaat. Bagaimanapun, perkara tersebut bergantung kepada individu tersebut bagaimanakah cara ia menggunakan teknologi. Mereka boleh untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat ataupun tidak . Salah satu perkara yang boleh dimanfaatkan melalui penggunaan teknologi adalah dengan mencari peluang pekerjaan. 

Terdapat berbagai agensi pekerjaan yang dapat membantu individu ataupun masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan. Ia hanya bergantung kepada kita bagaimanakah caranya kita mengakses kepada sesuatu pekerjaan. Antara agensi yang terkenal dan sering dikaitkan dengan pekerjaan adalah Jobstreet, Yahoo, Monster.com, Mudah.my yang juga menawarkan peluang pekerjaan dan bukan sekadar menawarkan lelongan barangan. Begitu juga dengan portal kerajaan yang kini bersifat maya untuk rakyat mendapatkan peluang pekerjaan di jabatan kerajaan. Portal tersebut adalah spa8.gov.com.my. dan juga Jabatan Buruh yang turut menawarkan peluang mencari kerja kepada masyarakat secara maya. Mereka menjadi pusat rujukan kepada rakyat untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan adanya teknologi seperti internet, masyarakat dapat mengakses terus kepada kerajaan tanpa perlu pergi ke pejabat buruh lagi. 


Individu yang ingin mencari pekerjaan hanya perlu menaip resume dan menghantar kepada organisasi yang dipilih dan dirasakan bersesuaian dengan kelayakkan, pengalaman sedia ada serta memenuhi syarat yang diingini organisasi tersebut. Kemudian pemohon hanya perlu menghantar e-mail kepada syarikat tersebut atau menelefon untuk mendapat pengesahan dari pihak organisasi tersebut. Kemudian sebarang maklumbalas dan jawapan akan diberikan melalui e-mail. Bak kata Marshall McLuhan di dalam teorinya “Global Village”, teknologi membantu memudahkan kehidupan manusia dan juga dapat menjimatkan masa serta menyebabkan manusia mempunyai banyak masa terluang.

Golongan muda seperti remaja yang menganggur atau lepasan universiti berpeluang mencari kerja sepenuh masa atau sambilan mengikut kelayakan serta kemahiran yang mereka miliki asalkan mempunyai kemahuan untuk mencari pekerjaan. Namun apa yang dapat dilihat masa kini, kebanyakkan remaja tidak menggunakan teknologi ini dengan bijak dengan membazirkan masa lapang mereka dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak, bermain komputer games dan sebagainya di mana masa tersebut sepatutnya diluangkan dengan bagi mengasah kemahiran untuk persediaan ke alam pekerjaan nanti. Oleh itu penting untuk teknologi serba canggih ini digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencari peluang pekerjaan dan untuk tujuan berfaedah yang lain. Terdapat banyak agensi-agensi pekerjaan milik swata atau kerajaan di Malaysia yang boleh dicapai melalui satu klik ke website milik agensi-agensi pekerjaan tersebut, antaranya ialah:-

www.spa.gov.my -Website ini disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti diminta untuk mendapatkan peluang pekerjaan di perkhidmatan awam.
JenJOBS.com - http://www.jenjobs.com
Website ini membekalkan perkhidmatan untuk mengrekrut pencari kerja dan majikan cara terbaik untuk mendapatkan pekerja terbaik dan menjadi majikan yang bertanggungjawab.
Aspirasi Graduan - http://www.graduan.com.my
Membuka peluang dan membangunkan pekerjaan kepada graduan Malaysia.

Sumber pekerjaan online Malaysia -http://www.jobpolitan.com.my
Menjadi perhentian kepada pencari kerja dan pekerja.
Jobs.mailMalaysia.WS - http://jobs.mailmalaysia.ws
Membekalkan majikan dengan akaun, dan resume secara percuma dan juga sumber kerjaya.
IT Freelance Centre (Malaysia) - http://freelance.itgo.com
CL Search Sdn Bhd - http://www.clsearchsb.com/

New Horizons Computer Learning Centre –
http://www.newhorizons.com.my/corporate/employment.html
Agensi Pekerjaan Timeless Gateway Sdn Bhd -http://www.aptg.com.my
C L Ng & Associates - http://www.strategyinbusiness.com
Executive Search, Recruitment, And Headhunting -http://www.aspacsearch.com
CareerVenue.com - Malaysia - http://my.careervenue.com
CareerNext - http://www.my.careernext.com
JobStreet - http://www.jobstreet.com/default.htm


Hampir kesemua agensi di atas menawarkan perkhidmatan pekerjaan, mengrekrut pekerja, membekalkan pengetahuan dari dalam undang-undang pekerjaan, mencari pekerja yang berbakat, sumber manusia, meyediakan perkhidmatan nasihat berkaitan dengan pengurusan pekerja dan perniagaan. Ada di antara agensi yang menyediakan pusat latihan kepada pekerja secara atas talian. Melalui teknologi manusia hanya perlu mengakses kepada apa yang mereka kehendaki dan perlu cepat bertindak mengambil peluang yang disediakan kerana persaingan amat tinggi pada masa ini.

Dari : NOOR AIMAN BIN ABD AZIZ
          KOMUNIKASI/2
          107902
          900108-01-6471

No comments:

Post a Comment