THEME

Wednesday 7 December 2011

AGENSI PEKERJAAN DAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT









Kini masalah pengangguran dan kesukaran untuk mencari pekerjaan merupakan suatu fenomena yang mendapat liputan meluas di Malaysia. Walaubagaimanapun, perkembangan agensi pekerjaan  adalah amat memberansangkan di Malaysia dan kini mempunyai lebih daripada 49 buah agensi pekerjaan yang berdaftar memberi perkhidmatan secara online. Hal ini adalah selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat dan sejajar dengan misi negara untuk menjadi negara maju. Menurut YB Datuk Dr. S. Subramaniam,Menteri Sumber Manusia dalam ucapan beliau sewaktu perasmian Kempen SkillsMalaysia2011, Kementerian Sumber Manusia dalam usaha untuk memperkasakan kemahiran tenaga manusia dengan pengemblengan usaha bersama agensi-agensi pekerjaan swasta dalam mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak terutamanya kepada graduan dan lepasan institut kemahiran.
Agensi pekerjaan menurut Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 didefinisikan sebagai suatu badan yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan pekerjaan dan menjadi perantara majikan atau syarikat dan orang yang mencari pekerjaan. Menurut kamus dewan edisi pelajar ke-2, teknologi maklumat adalah perkembangan atau kemajuan yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem­prosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik. Oleh itu, perkembangan teknologi maklumat merupakan medium terbaik dalam menyumbang kepada perkembangan industri pekerjaan justeru menyebabkan banyak agensi pekerjaan secara online berkembang dengan pesat. Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) mula berkuatkuasa pada 19 Febuari 1981. Akta ini mengatakan bahawa seseorang yang ingin menjalankan urusan agensi pekerjaan swasta hendaklah mempunyai lesen yang telah disahkan daripada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia.Akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya adalah bertujuan untuk mengawal aktiviti agensi pekerjaan swasta serta menjaga kepentingan pencari-pencari kerja yang warganegara Malaysia sama ada di dalam atau di luar negara. Ini selaras dengan hasrat mewujudkan perkhidmatan pekerjaan yang lebih cekap dan berkesan di sektor swasta.Aktiviti perlesenan dibahagi kepada permohonan baru,pembaharuan lesen, endorsan, pertukaran premis dan pertukaran nama serta status agensi. Akta ini adalah turut melibatkan agensi online atau atas talian.
Antara agensi pekerjaan online yang awal wujud di Malaysia adalah JobStreet.com. Portal ini diwujudkan untuk memberikan perkhidmatan mencari kerja kepada orang ramai di Malaysia.


Selain dari mensasarkan golongan menganggur untuk menerima perkhidmatan mereka, Jobstreet turut mensasarkan golongan pelajar yang bakal bergraduasi dengan memberikan perkhidmatan yang akan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka sebaik sahaja menamatkan pelajaran. Perkhidmatan ini amat menarik minat ramai pelajar dan mendapat usahasama dari institusi-institusi pendidikan untuk mengadakan pesta kerjaya dan khidmat kaunseling kerjaya kepada pelajar mereka.
Capaian internet yang amat mudah pada masa kini memudahkan orang ramai untuk melayari internet pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja menjadi punca perkembangan teknologi maklumat. Perkembangan ini seterusnya membawa kepada kewujudan lebih banyak agensi pekerjaan online terutamanya. Kesimpulannya, perkembangan teknologi maklumat adalah punca kepada perkembangan industri agensi pekerjaan.

Ainur Natasha Bt Roslan
107844
Komunikasi / 2 (Persuasive)

No comments:

Post a Comment