THEME

Thursday 1 December 2011

MOBILITI PEKERJAAN

MOBILITI PEKERJAAN
Mobiliti pekerjaan berlaku apabila wujudnya perbezaan stratifikasi sosio-ekonomi dalam sesebuah negara.
Stratifikasi Sosio-ekonomi
Stratifikasi sosio-ekonomi merujuk kepada ketidaksamaan ekonomi dari segi pemilikan barang-barang dan perkhidmatan, ketidaksamaan politik dari segi kuasa dan ketidakseimbangan sosial yang dipanggil status atau penghormatan yang diterima oleh seseorang individu. Terdapat tiga jenis ganjaran yang menjadi asas kepada pembentukan stratifikasi, iaitu 
a) kekayaan (termasuk pendapatan), 
b) kuasa (kekuasaan)
c) prestij (penghormatan

Terdapat 2 perspektif utama tentang stratifikasi, iaitu

a) Pendekatan fungsional
Kingsley Davis dan Wilbert Moore (1945) berpendapat bahawa stratifikasi adalah satu keperluan untuk menentukan pelbagai fungsi anggota masyarakat sesuai dengan skil dan bakat yang dimiliki setiap individu. Ia menjamin jawatan-jawatan yang terpenting sentiasa diisi oleh individu-individu yang paling layak dalam masyarakat.

b) Pendekatan konflik
Melvin Tumin (1953) mengkritik teori fungsional stratifikasi. Beliau berpendapat bahawa stratifikasi itu disfungsi sebab mengehadkan peluang bagi individu menggunakan bakat sepenuhnya kerana kekurangan wang dan kuasa untuk memajukan diri, stratifikasi mengekalkan kedudukan status quo kelas elit yang memberikan tekanan kepada golongan lain dan mewujudkan konflik, perselisihan antara berbagai golongan dalam masyarakat akibat ketidakpuasan dan perasaan buruk sangka.


Jenis-jenis sistem stratifikasi, terbahagi kepada:
a) sistem perhambaan
b) sistem kasta
c) sistem estet
d) sistem kelas dan status sosial -kelas atasan, kelas pertengahan, kelas pekerjaan dan kelas bawahan.
Karl Marx berpendapat bahawa pembezaan kelas adalah penentu utama ketidaksamaan sosial, ekonomi dan politik. Golongan pekerja (proletariat) perlu mengatasi false consciousness untuk mewujudkan class consciousness dan bertindak secara kolektif untuk menentang penindasan golongan majikan (bourgeoisie) dalam sistem ekonomi kapitalis. .Max Weber pula mempersoalkan penekanan aspek ekonomi oleh Karl Marx, dan menyatakan bahawa stratifikasi perlu dilihat dari fenomena multi-dimensi. Menurut Weber, kedudukan seseorang individu tidak bergantung kepada satu ciri tertentu seperti kelas tetapi bergantung kepada kelas, status dan kuasa pada keadaan yang berbeza-beza dan bertindak secara bebas untuk menentukan kedudukan seseorang.
Kelas sosial diukur oleh ahli pengkaji berdasarkan pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan tempat tinggal. Langkah pertama adalah menentukan bagaimana indikator kelas sosial diukur, yakni prestij dan esteem.
Kesan kelas sosial terhadap masyarakat: kekayaan dan pendapatan adalah dibahagi dengan tidak merata; terdapat kecenderungan kekurangan dalam kelompok kelas pertengahan akibat pergerakan ke kelas atas atau ke kelas bawahan; dan jumlah anggota masyarakat yang hidup di bawah paras kemiskinan akan semakin meningkat.
William Julius Wilson (1980) menggunakan istilah underclass untuk menggambarkan golongan anggota masyarakat miskin yang kekurangan skil dan latihan. Pengangguran juga merupakan satu kedudukan sosial yang wujud apabila seseorang mula mencari pekerjaan tetapi belum mendapat pekerjaan. Stratifikasi dan peluang hidup adalah berkaitan apabila dilihat dari segi peluang mendapatkan perumahan, pendidikan dan kesihatan. Golongan kelas bawahan biasanya mempunyai peluang hidup (akses kepada) yang kurang kepada kemudahan ini, berbanding dengan anggota kelas atasan.
John Holland

Menurut John Holland (1973), individu tertarik pada suatu kerjaya tertentu kerana keperibadiannya dan berbagai variabel yang menjadi latar belakangnya minat seseorang itu dalam kerjaya yang diceburinya. Pada dasarnya, pilihan kerjaya merupakan ekspresi atau perluasan keperibadian ke dalam dunia kerja yang diikuti dengan persepsi terhadap stereotaip pekerjaan tertentu. Perbandingan antara self dengan persepsi tentang suatu pekerjaan dan penerimaan atau penolakan merupakan faktor penentu utama dalam pilihan pekerjaan. Harmoni antara pandangan seseorang terhadap dirinya dengan pekerjaan yang disukainya membentuk “modal personal style”.

Orientasi kesenangan peribadi (modal personal orientation) merupakan proses perkembangan yang terbentuk melalui pengalaman hidup individu dalam bertindak balas terhadap tuntutan lingkungannya. Sentral bagi teori Holland adalah konsep bahawa individu memilih pekerjaan untuk memuaskan orientasi kesenangan peribadinya. Jika individu telah mengembangkan suatu orientasi yang dominan, maka akan lebih besar kemungkinan baginya mendapatkan kepuasan dalam lingkungan pekerjaan yang sesuai. Akan tetapi, jika dia belum dapat menentukan pilihan, maka kemungkinan mendapat kepuasan itu akan hilang. Orientasi kesenangan peribadi yang disebab oleh lingkungan kerja yang sesuai akan menentukan pilihan gaya hidup individu.

Homogenik pekerjaan merupakan jalan terbaik menuju selffulfillment dan pola kerjaya yang konsisten. Individu yang mempunyai peranan dan tujuan pekerjaan yang bertentangan dengan lingkungan akan mempunyai pola pekerjaan yang inkonsisten dan divergen. Holland menekankan pentingnya self-knowledge dalam keupayaannya mencari kepuasan dan kestabilan kemahiran.
Dalam proses pembuatan keputusan pekerjaan, Holland berpendapat bahawa tingkat pencapaian dalam sebuah pekerjaan ditentukan terutama oleh individual self-evaluations. Pendidikan  dipandang sebagai kurang penting di banding keperibadian dan minat. Lebih jauh, faktor pendidikan sudah terangkum di dalam klasifikasi jenis keperibadian; misalnya, individu yang investigatif pada umumnya cerdas dan secara alami memiliki keterampilan analitikal dan abstrak. Menurut Holland, pengekalan pilihan kerjaya sangat bergantung pada dominan orientasi personal individu, yang dipengaruhi oleh lingkungannya.

Teori Holland memberikan penekanan pada ketepatan self-knowledge dan informasi pekerjaan yang diperlukan untuk pembuatan keputusan kerjaya. Ironinya  sangat besar pada prosedur  minat dan prosedur kaunseling kerjaya. Implikasinya untuk kaunseling adalah bertujuan mengembangkan strategi untuk meningkatkan pengetahuan tentang diri, berbagai kehendak pasaran pekerjaan dan berbagai-bagai lingkungan kerja yang bakal diceburi kelak.

No comments:

Post a Comment