THEME

Sunday 4 December 2011

OKU, PEKERJAAN DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI





Banyak Majikan Belum Iktiraf OKU

     
KUALA LUMPUR: Peluang pekerjaan bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan belum meluas dan terbatas kepada hanya beberapa pekerjaan seperti operator pusat khidmat pelanggan syarikat dan pekerja am saja. Tinjauan Harian Metro pada Hari ICT dan Kerjaya Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) mendapati hal ini berlaku kerana faktor mereka yang tidak mampu melihat tidak dapat bekerja dalam pasaran profesional. OKU penglihatan dan juga penuntut di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Mohd Shahrizal Abdul Rahman, 24, berkata peluang pekerjaan profesional bagi mereka juga masih terhad dalam pasaran kerja. Katanya, memang peluang diberikan kerajaan banyak tetapi masih banyak majikan teragak-agak untuk memilih OKU penglihatan sebagai kakitangan profesional dan juga am. Mohd Shahrizal berkata, persepsi terhadap kemampuan OKU penglihatan perlu diubah dan peluang perlu diberi kepada mereka. “Kini, fokus kepada teknologi seperti ICT (teknologi maklumat komunikasi) terbuka luas dan ia adalah titik permulaan yang baik bagi golongan seperti kami untuk bersaing kelak,” katanya. Pada masa sama, pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Muhd Hanif Jaafar, 15, berkata program Hari ICT dan Kerjaya adalah langkah baik kerana ia bermanfaat bagi golongan sepertinya kerana ia dapat meningkatkan fungsi mereka dalam pasaran kerja. “Ia sangat bermanfaat bagi golongan seperti kami kerana sedikit sebanyak ia menyumbang kepada peluang pekerjaan termasuk membuka jalan alternatif dalam pasaran kerja,” katanya. Dia yang bercita-cita menjadi pensyarah khusus bagi golongan OKU penglihatan berkata, golongan terbabit seharusnya memanfaatkan peluang pekerjaan. Sementara itu, Penyelia Unit Kerjaya dan Korporat syarikat pasaran kerja Kelly Services, Dzul Majidi Mohd Dashilah, berkata masih banyak majikan yang belum mengiktiraf golongan OKU penglihatan yang dilihat kurang berupaya menguruskan pekerjaan profesional. “Daripada data pada 2009, hanya lima peratus daripada OKU penglihatan yang diterima bekerja di seluruh negara atas faktor penglihatan dan OKU yang cacat dari segi fizikal pula mewakili 85 peratus,” katanya.



ORANG KELAINAN UPAYA ( OKU )




Pengenalan

          Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.


Definisi

           OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam

Strategi

            Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang dan dalam bidang aksesibiliti banyak ke arah memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam.
meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU dan
menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).



OKU, PEKERJAAN DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI
         
           Pemilihan kerjaya adalah perkara penting bagi seseorang individu. Pemilihan kerjaya yang tepat dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang. Golongan OKU juga memerlukan pekerjaan dan faedah daripada pekerjaan sama seperti orang lain bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, terdapat pandangan dan sikap prejudis sesetengah masyarakat berkaitan golongan OKU dan menyebabkan mereka dilayan seperti golongan kelas kedua atau golongan minoriti.

          Melihat pula kaitan faktor jaminan kewangan  dengan teori Maslow,  faktor jaminan kewangan ini terkandung di dalam keperluan fisiologi iaitu gaji dan upah yang diperoleh melalui pekerjaan yang dilakukan. Selain itu, teori keperluan (Roe 1965) serta teori tiga keperluan (Three Needs Theory) oleh David McClelland (1961) juga turut mengukuhkan jaminan kewangan  di mana secara ringkasnya, kesemua teori berpendapat bahawa manusia melakukan sesuatu pekerjaan adalah untuk mengharapkan dan mendapat gaji sama ada kenaikan gaji, bonus dan sebagainya.Ternyatalah jaminan kewangan menjadi pendorong OKU untuk bekerja, selari dengan objektif  bagi tajuk pada minggu ini. Kepentingan kewangan di dalam kehidupan seharian menjadikan jaminan kewangan sangat dititikberatkan demi menjamin masa depan yang stabil dan harmoni untuk golongan ini.

          Namun, kesusahan bagi mendapatkan kerja lebih tertumpu kepada golongan orang kurang upaya ini atau juga dikenali dengan istilah orang kelainan upaya. Bagi mereka, faktor kecacatan bukanlah satu penghalang untuk mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Pada zaman ini, semakin banyak graduan OKU yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi mereka sukar untuk mencari kerja.

         Pekerjaan sebagai satu keperluan untuk  membolehkan manusia menyara kehendak kehidupan fizikal dan rohani. Tanpanya, segala tuntutan fizikal dan rohani tidak dapat dipenuhi (Ibrahim Abu Bakar, 1992). Ini bererti pekerjaan adalah penting dan manusia yang termasuk dalam golongan OKU juga perlu bekerja untuk memenuhi keperluan fizikal seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Manakala, keperluan rohani pula ialah keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan kesempurnaan diri.

          Namun, mengapakah pekara ini boleh terjadi ? Adakah majikan lebih mementingkan graduan yang sempurna sifat dari segi fizikal ?  Bagaimana pula dengan golongan yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan bukannya ilmu. Golongan OKU pada era ini atau zaman serba moden ini kebanyakannya sudah celik IT dan sudah berpendidikan . Tetapi mereka diabaikan dalam sektor pekerjaan.

          Mungkin terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan antaranya mungkin dari segi kemudahan dalam sistem pengangkutan. Maka, mereka mungkin sukar untuk ke tempat kerja disebabkan faktor ini. Selain itu, mungkin juga mereka gagal menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran ruang kerja atau pejabat yang tidak berapa sesuai dengan keadaan fizikal mereka . Seterusnya, bermungkinan ada di antara mereka yang menghadapi kesukaran untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

          Seperti mana yang telah diketahui, peluang pekerjaan bagi golongan oku adalah amat terhad sekali. Walaupun Dasar 1% jawatan untuk golongan OKU telah dilaksanakan tetapi apakah kesannya terhadap golongan tersebut ? Malah, 1% untuk warga oku di sektor kerajaan pun tidak diisi sepenuhnya.  Ada di antara golongan OKU yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi diberikan pada orang lain.Graduan OKU juga amat sukar untuk mendapat peluang pekerjaan walaupun mereka mempunyai kelayakan. Mungkin juga perkara ini disebabkan oleh faktor tidak mempunyai pendidikan asas dalam bidang – bidang tertentu menyebabkan mereka tidak berkeupayaan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan .Contohnya dalam bidang kesetiausahaan.  Perkara asas dalam bidang ini perlu ada pada mereka kerana sekiranya tiada asas ini, sememangnya akan menyukarkan proses pekerjaan. Walaubagaimanapun, masih ada pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pengetahuan asas seperti kerja – kerja kraftangan dan pembungkusan makanan.

             Selain itu juga, mereka boleh melakukan kerja melalui penggunaan teknologi yang sedia ada seperti menjadi operator telefon di pejabat – pejabat kerajaan mahupun swasta. Mereka yang boleh mengendalikan komputer boleh diberi tugas menaip dan membuat laporan tertentu. Mereka juga boleh bekerja di rumah dengan mendapatkan tugasan dan arahan melalui e-mel yang di hantar oleh majikan kepada mereka. Seterusnya mereka boleh menghantar tugasan tersebut kembali. Cara ini lebih mudah dan tidak menyusahkan mereka untuk ke tempat kerja.

           Seterusnya, tiada persatuan khas yang dibentuk bagi membantu golongan kurang upaya ini dalam mendapatkan pekerjaan. Walaupun banyak kita lihat di internet mengenai saluran – saluran yang melaksanakan pengambilan pekerja tetapi bukanlah untuk golongan OKU. Seterusnya, dalam zaman atau era teknologi komunikasi ini, maklumat tentang kekosongan jawatan kebanyakannya dipaparkan dalam internet dan bagi OKU yang tidak begitu arif dalam dunia siber , mereka mungkin akan  menghadapi masalah untuk mengakses maklumat tersebut.

            Secara kesimpulannya, golongan oku yang berkeupayaan melakukan kerja tidak perlu di pinggirkan. Mereka perlu diberi peluang dalam mengharungi suasana kerja pada zaman yang moden ini iaitu dunia tanpa sempadan dalam era globalisasi. Penggunaan teknologi sedikit sebanyak dapat membantu ke arah kemajuan sekaligus tidak meminggirkan golongan tertentu.

            Pada bulan Mei 2002, ESCAP menerima resolusi. Memupuk masyarakat terangkum,tanpa halangan dan berasaskan hak hagi orang kurang upaya di rantau Asia dan Pasifik diabad kedua puluh satu.” Resolusi ini juga mengisytiharkan pelanjutan Dekad bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik 1993-2002 untuk satu dekad lagi, 2003-2012. Pada bulan Oktober 2002, Kerajaan yang menyertai Mesyuarat Antara Kerajaan Peringkat Tertinggi Bagi Memuktamadkan Dekad bagi Orang Kurang Upaya di Rantau, Asia dan Pasifik 1993-2002, menerima pakai Rangka Kerja Milenium Biwako untuk Tindakan (BMF): Ke Arah Masyarakat Terangkum, Tanpa Halangan dan Berasaskan Hak hagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik,” sebagai garis panduan dasar serantau untuk dekad baru. “Rangka Kerja Milenium Biwako menggariskan isu, pelan tindakan dan strategi ke arah masyarakat terangkum, tanpa halangan dan berasaskan hak bagi OKU.

              Dekad baru (2003-2012) ini akan memastikan berlakunya anjakan paradigma daripada pendekatan berasaskan kerja amal kepada pendekatan berasaskan hak untuk melindungi hak sivil, budaya, ekonomi, politik dan sosial OKU. Untuk melaksanakan sasaran dan strategi  ini, perundingan bersama dan penglihatan masyarakat madani, antara lain, Pertubuhan Bantu Diri dan Pertubuhan Bukan Kerajaan berkaitan adalah penting.

              Maka, kini pihak Kerajaan dan badan-badan tertentu telah mula prihatin terhadap golongan OKU dan penggubalan Dasar ini merupakan komitmen Kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, pelaksanaan Dasar OKU memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan orang ramai. Antara usaha pihak kerajaan dan pihak-pihak yang prihatin ialah :

Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia 2008 di Kota Bharu

28 May 2008

Kota Bharu, 28 Mei 2008 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan syarikat-syarikat daripada industri komunikasi dan multimedia telah mengadakan program kesedaran pengguna bersempena dengan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia 2008 yang berlangsung di ruang legar pusat membeli-belah KB Mall, Kota Bharu pada 27 hingga 28 Mei 2008. Program yang pertama kali diadakan di negeri Kelantan ini berlangsung selama dua hari dan disertai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan termasuk Telekom Malaysia, Celcom, Maxis Communications, Digi Telecommunications, Time DotCom dan juga syarikat-syarikat lain termasuk Pos Malaysia, Infraquest Sdn Bhd dan Persatuan Radio Amatur Kota Bharu. Tema Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia 2008 pada tahun ini adalah ‘Menghubungkan Orang Kurang Upaya: Peluang ICT Untuk Semua.’ Tema tersebut menyeru kepada semua pihak, khususnya pihak Kerajaan dan pihak swasta agar memberi perhatian kepada keperluan khas bagi orang kurang upaya (OKU) supaya todak dipinggirkan dengan melaksanakan dasar-dasar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)untuk faedah golongan itu. Sambutan hari telekomunikasi peringkat kebangsaan adalah selaras dengan sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). Bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan peluang komunikasi sama rata memerlukan tiga strategi yang digariskan oleh ITU termasuk rekabentuk produk dan servis perlu menerapkan ciri-ciri mudah guna atau yang bersesuaian untuk golongan tersebut, produk dan servis yang ditawarkan perlu senang diakses atau mudah didapati oleh mereka, dan harga yang ditawarkan juga haruslah berpatutan atau mampu dimiliki kerana majoriti orang kurang upaya tidak mempunyai pekerjaan atau mereka tergolong dalam golongan yang berpendapatan rendah. Untuk keterangan lanjut berkenaan Hari Telekomunikasi Sedunia, sila lawati laman web ITU pada pautan berikut: http://www.itu.int/wtisd/. Selaras dengan tema tahun ini, SKMM turut mengambil langkah dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk pameran demonstrasi teknologi jalurlebar. Selain itu, aktiviti lain yang turut diadakan adalah program penerangan perkhidmatan telekomunikasi kepada OKU, kuiz ICT untuk orang awam, kaunter aduan perkhidmatan dan kempen Perkhidmatan Panggilan Kecemasan 999. Salah satu program yang dijalankan iaitu program penerangan perkhidmatan telekomunikasi kepada OKU telah berjaya menarik sekumpulan warga OKU daripada Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Kelantan untuk hadir ke tapak pameran. Melalui program tersebut, pelawat OKU telah diberi penerangan berhubung teknologi jalur lebar dan kegunaannya dalam kehidupan seharian serta manfaat yang boleh dinikmati oleh mereka. Majlis Perasmian Penutup yang diadakan pada 28 Mei 2008 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zainuddin bin Haji Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan ketua jabatan negeri dan persekutuan serta wakil-wakil daripada syarikat telekomunikasi yang beroperasi di negeri Kelantan. Tuan Haji Zainuddin bin Haji Ibrahim dalam ucapan beliau menyatakan pihak kerajaan negeri akan sentiasa menyokong dan memberi kerjasama kepada pihak SKMM dalam sebarang usaha untuk meningkatkan mutu dan taraf perkhidmatan komunikasi dan multimedia di negeri Kelantan khususnya kepada penduduk di kawasan luar bandar. Buat masa ini, syarikat-syarikat dari industri komunikasi dan multimedia turut menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU bagi memastikan mereka turut diberi peluang pekerjaan dan latihan pekerjaan seperti golongan biasa. Terdapat beberapa buah kompleks ibu pejabat syarikat telekomunikasi turut diubahsuai kepada kompleks pejabat mesra-OKU untuk memberi kemudahan kepada mereka. Selain itu, syarikat Celcom tampil dengan produk yang menawarkan pakej istimewa untuk golongan kurang upaya yang dikenali sebagai “Platinum Plan”. Melalui Platinum Plan, Celcom menawarkan kadar panggilan dan kadar SMS istimewa kepada golongan OKU. Ianya terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berdaftar sebagai OKU. Warga OKU dijemput untuk mengunjungi mana-mana cawangan Celcom yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan ini. Selain syarikat telekomunikasi, Pos Malaysia turut menyediakan kemudahan kepada golongan kurang upaya dengan menyediakan kemudahan ‘Kaunter Penyayang’, tempat letak kereta khas dan kemudahan laluan kerusi roda ke kaunter bagi memudahkan warga OKU berurusan dengan pihak Pos Malaysia. Kerjasama yang baik antara pihak kerajaan, SKMM dan wakil-wakil daripada industri komunikasi dan multimedia melalui majlis sambutan seperti ini dapat membangunkan masyarakat bermaklumat di Malaysia, termasuk memenuhi keperluan khas bagi golongan cacat dan golongan tertentu bagi merapatkan jurang digital di Malaysia.



No comments:

Post a Comment