MOBILITI PEKERJAAN - PERKEMBANGAN KERJAYA
Mobiliti pekerjaan ialah perubahan, perpindahan atau pertukaran tempat kerja atau jawatan atau yang berkaitan dengan perubahan corak pekerjaan itu sendiri. Menurut Tolbert (1994), mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan. Mobiliti pekerjaan sebenarnya bergantung kepada seseorang individu kerana setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza kerana mobiliti pekerjaan bergantung kepada personaliti, persekitaran, keselarasan dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi mereka. Antara factor yang mempengaruhi kerjaya ialah faktor genetik, faktor pendidikan dan pembelajaran, faktor persekitaran, dan faktor agama.
Terdapat beberapa teori dalam mobiliti pekerjaan yang menjadi faktor terhadap perubahan pekerjaan individu atau masyarakat itu sendiri. Kebanyakan teori ini ialah hasil daripada teori personaliti (Sharf, 1997). Herr dan Cramer (1972) menjelaskan bahawa teori perkembangan kerjaya boleh diklasifikasikan seperti yang berikut :
Pendekatan Tret dan Faktor
Mengandaikan bahawa tret yang ada pada diri individu adalah unik di samping dapat disesuaikan dengan keperluan dalam sesuatu pekerjaan. Fokus pendekatan teori ini kepada tret meliputi personality, bakat, minat, nilai, sikap, pencapaian serta hubungannya dengan sifat yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan.
Pendekatan Psikologikal
Pendekatan psikologi melihat perkembangan kerjaya bergantung kepada latar belakang gabungan psikologikal seseorang individu. Hal ini meliputi aspek motivaasi, struktur personaliti, sikap, peluang dan keperluan yang perlu dipenuhi.
Pendekatan Perkembangan
Teori ini memberi focus kepada proses perkembangan yang berlaku pada diri individu berasaskan fugsi masa. Tumpuan utama pendekatan ini adalah kepada tahap-tahap perkembangan yang berlaku sepanjang hayat individu.
Pendekatan Membuat Keputusan Kerjaya
Teori ini percaya bahawa setiap individu perlu membuat keputusan tentang kerjayanya sendiri. Teori ini menumpukan cara-cara individu menggunakan maklumat tentang pengetahuan kendiri untuk membuat keputusan berkaitan kerjaya.
Pendekatan Berkaitan dengan Kehidupan
Berhubung dengan pilihan-pilihan yang boleh memenuhi keperluan diri dan potensi diri yang berkaitan dengan kerjaya.
5 Peringkat Perkembangan Kerjaya Super (1957)
Peringkat Pertumbuhan – peringkat ini berlaku antara umur 0 hingga 14 tahun. Tahap ini individu dirujuk kepada perkembangan fizikal dan psikologikalnya. Sebagai contoh, anak-anak ingin menjadi angkasawan. Pemilihan ini bersifat sementara, kabur, dan tidak begitu bererti bagi sesetengah individu.
Peringkat Penerokaan – berlaku antara umur 15 hingga 24 tahun. Terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa tentatif ( mula menyempitkan pemilihan ) dan fasa realistik ( menyempitkan pilihan kerjaya melalui pekerjaan yang dicapai olehnya ).
Peringkat Pengukuhan – berlaku antara umur 25 hingga 44 tahun. Peringkat ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa percubaan ( melihat hubungan antara penemuan awal dengan pengalaman bekerja) dan fasa stabil (menimba pengalaman sehingga menemui kerjaya yang stabil ).
Peringkat Pengekalan – berlaku sekitar umur 45 hingga 64 tahun. Individu berusaha untuk meneruskan dan membaiki situasi pekerjaannya. Proses penyesuaian dan perubahan akan terus berlaku mengikut kehendak dan faktor lain.
Peringkat Penurunan – berumur 65 tahun ke atas. Peringkat ini dikaitkan dengan waktu pencen atau bersara dengan penekanan individu terhadap kerja. Disebabkan kekuatan daya fizikal dan mental menurun, kualiti kerjaya makin merosot.
Isu-isu dalam Mobiliti Pekerjaan di Malaysia
1. Kebanjiran pendatang asing di Malaysia yang berhijrah untuk mendapatkan peluang pekerjaan sebagai tenaga buruh.
2. Ramai pelajar lepasan institut pengajian tinggi menganggur kerana terlalu memilih pekerjaan.
3. Persaingan hebat kerana kebanyakan syarikat sektor swasta cenderong mengambil pekerja luar.
4. Majikan lebih cenderung memilih pekerja yang mempunyai kelebihan dalam teknologi akibat daripada kewujudan teknologi yang meluas kini.
5. Pertukaran pekerjaan dengan kerap akan menyebabkan pembaziran kos dan tenaga.
No comments:
Post a Comment