Teknologi
maklumat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teknologi maklumat ialah teknologi
yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan pemprosesan dan penyebaran
maklumat secara elektronik.
Secara umumnya,
teknologi maklumat ialah suatu alat utama dalam era maklumat. Alat ini
digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat
yang berbentuk digital.
Teknologi
maklumat ialah penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan,
penyimpanan dan penyebaran maklumat.
British advisory council for applied Research and
Development mentakrifkan teknologi maklumat sebagai suatu disiplin saintifik,
teknologi dan kejuruteraan serta teknik pengurusan yang digunakan dalam
pengendalian dan pemprosesan maklumat serta penggunaannya; komputer dan saling
tindakan antara mesin (komputer dan manusia; dan hal yang berkaitan dengan
sosial, ekonomi dan kebudayaan. (British advisory council for applied Research
dan Development: Report on Information Technology; H.M. Stationery Office.1980)
Behan dan Homes (1990) pula mentakrifkan teknologi maklumat adalah suatu istilah untuk memerihalkan teknologi yang membolehkan kita untuk merekod, menyimpan, memproses, mendapat semula, menghantar dan menerima maklumat.
Behan dan Homes (1990) pula mentakrifkan teknologi maklumat adalah suatu istilah untuk memerihalkan teknologi yang membolehkan kita untuk merekod, menyimpan, memproses, mendapat semula, menghantar dan menerima maklumat.
Martin dan rakan-rakannya mentakrifkan teknologi maklumat terdiri dari semua bentuk teknologi yang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi, komunikasi, persembahan dan menggunakan data (E.W. Martin et al. 1994).
Jika dilihat terhadap penggunaan teknologi dan
agensi pekerjaan, ia sangat berguna untuk pencari kerja untuk mencari kerja.
Bukan itu sahaja, dengan adanya teknologi ia telah merubah gaya hidup
masyarakat untuk mencari kerja, kini pencari kerja dapat mencari kerja melalui berbagai-bagai-bagai
alternatif. Tidak lagi hanya bergantung semata-mata terhadap media tradisional
seperti surat khabar, radio dan sebagainya. Dengan adanya teknologi ini juga
telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada mahasiswa dan mahasiswi
yang telah menamatkan pengajian mereka. Peluang pekerjaan yang ada bukan sahaja
dari dalam negara, malah para graduan ini dapat mencari pekerjaan di luar
negara.
Kebiasaannya, negara-negara akan bergabung antara
satu sama lain dalam menggunakan teknologi. Hal ini kerana dengan adanya
teknologi, sesebuah negara tersebut akan dapat bertukar-tukar maklumat antara
satu sama lain. Oleh itu, jika dikaitkan dengan pekerjaan, ini dapat dijelaskan
bahawa jika sesebuah negara itu kekurangan pakar misalnya pakar perubatan, mereka
akan mencari pekerja yang mahir dalam bidang tersebut melalui laman-laman web
agensi pekerjaan, di sana para pencari kerja akan dapat maklumat yang
disebarkan tanpa mengira sempadan negara.
Hal ini turut berlaku di Malaysia, di mana, turut
menyediakan peluang pekerjaan melalui kaedah internet. Di mana pemohon perlu
memasukkan data dan maklumat peribadi mereka, dan jika bersesuaian dengan
kelayakan yang mereka peroleh, pihak syarikat akan menghubungi pemohon
tersebut. Hal ini dapat dilihat bahawa sememangnya teknologi amat membantu para
pencari kerja, terutama teknologi internet.
Melalui carian laman web seperti JobStreet.com,
JobMalaysia.gov.my, www.jpd.gov.my, ini
telah memberi banyak peluang para pencari kerja untuk mencari kerja dengan
cepat dan berkesan. Bukan itu sahaja, di Malaysia, perkembangan ini turut di
bantu juga oleh kewujudan Multimedia Super Coridor (MSC) di mana telah
memfokuskan kepada perubahan ekonomi yang berasakan pertanian kepada ekonomi
perindustrian. Kewujudan MSC telah mewujudkan perniagaan melalui teknologi
maklumat. Dan secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan yang
semakin lama semakin meningkat.
Dapat dilihat juga, dengan adanya teknologi
maklumat telah membantu organisasi untuk mencari pekerja bukan sahaja melalui
enjin carian sahaja, malah mereka turut menyediakan iklan di merata-rata di
mana, apabila para pencari kerja membuka laman web, iklan yang di iklankan akan
mudah di lihat. Hal ini akan memudahkan urusan mereka.
Namun, perkara ini sebenarnya tidak digunakan
sepenuhnya oleh graduan-graduan, hal ini kerana mereka sering kali memilih
dalam jenis pekerjaan yang mereka. Hal ini menyebabkan sesetengah jenis
pekerjaan masih banyak yang kosong dan ada sesetengah pekerjaan telah di isi
oleh para graduan. Ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam pekerjaan itu
sendiri. Tidak dapat dinafikan agensi pekerjaan yang terdapat di dalam internet
membantu, tetapi sekiranya graduan-graduan hanya tertumpu terhadap sesuatu
pekerjaan, hal ini akan menyukarkan laman web tersebut untuk mendapatkan
pekerjaan yang sesuai.