Apakah yang dimaksudkan dengan revolusi pekerjaan? Saya akan menerangkan definisi revolusi pekerjaan ini. Revolusi adalah perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan menyangkut dasar atau pokok-pokok kehidupan masyarakat. Di dalam revolusi, perubahan yang berlaku boleh dirancang atau tanpa dirancang terlebih dahulu dan boleh dijalankan tanpa kekerasan atau melalui kekerasan. Saiz kelajuan suatu perubahan sebenarnya relatif kerana revolusi pun boleh memakan masa yang lama. Misalnya revolusi industri di Inggeris yang memakan masa puluhan tahun, tetapi dianggap 'cepat' kerana mampu mengubah sendi-sendi pokok kehidupan masyarakat-seperti sistem kekeluargaan dan hubungan antara pekerja dan majikan-yang telah berlangsung selama beratus-ratus tahun. Revolusi menghendaki suatu usaha untuk merobohkan, menyingkirkan, dan membina dari sistem lama kepada suatu sistem yang sama sekali baru. Revolusi sentiasa berkaitan dengan dialektik, logik, romantika, menyingkirkan dan membina.
Dalam pengertian umum, revolusi merangkumi jenis perubahan apapun yang memenuhi syarat-syarat tersebut. Misalnya Revolusi Industri yang menukar wajah dunia menjadi moden. Dalam definisi yang lebih spesifik, revolusi umumnya difahami sebagai perubahan politik.
Sejarah moden mencatat dan mengambil rujukan revolusi mula-mula pada Revolusi Perancis, kemudian Revolusi Amerika. Namun, Revolusi Amerika lebih merupakan sebuah pemberontakan untuk mendapatkan kemerdekaan negara, berbanding sebuah revolusi masyarakat yang bersifat domestik seperti pada Revolusi Perancis. Begitu juga dengan revolusi pada kes perang kemerdekaan Vietnam dan Indonesia. Maka konsep revolusi dan sering berpecah kepada dua: revolusi sosial dan revolusi kebangsaan.
Pada abad ke-20, berlaku sebuah perubahan bersifat revolusi sosial yang kemudian dikenali dengan Revolusi Rusia. Banyak pihak yang membezakan watak Revolusi Rusia ini dengan Revolusi Perancis, kerana watak kerakyatannya. Sementara Revolusi Perancis kerap disebut sebagai revolusi borjuasi, sedangkan Revolusi Rusia disebut Revolusi Bolshevik, Proletar, atau Komunis. Model Revolusi Bolshevik kemudian ditiru dalam Perang Saudara China pada 1949.
Karakter kekerasan pada ciri revolusi difahami sebagai akibat dari situasi ketika perubahan tata nilai dan norma yang mendadak telah menimbulkan kekosongan nilai dan norma yang dianuti masyarakat.
Pekerjaan bersinonim dengan khidmat, tugas, tanggungjawab, urusan, kegiatan dan sebagainya. Menurut kamus dewan edisi ke – empat, pekerjaan manjadi asas kehidupan.
Revolusi pekerjaan pula merupakan perubahan dalam sesuatu pekerjaan, termasuk dari segi cara bekerja, cara menyempurnakan kerja, atau keberkesanan pekerjaan sesuatu kerja. Revolusi pekerjaan ini, boleh menuju ke arah yang positif dan juga negatif. Teknologi komunikasi akan mengubah corak pekerjaan manusia atau masyarakat itu sendiri. Hal ini demikian kerana melalui teknologi komunikasi, manusia secara tidak langsung akan melakukan sesuatu urusan pekerjaan dengan cepat. Tenaga manusia telah digantikan dengan tenaga elektronik.
Menurut Tom Stonier dalam The Wealth of Information, perkembangan teknologi komunikasi membolehkan industri yang memerlukan guna tenaga yang banyak dipindah kepada negara dunia ketiga. Dengan adanya teknologi pekerjaan ini, secara tidak langsung kadar pengangguran dapat diturunkan dan negara dunia ketiga dapat dimajukan. Negara maju akan meningkatkan produktiviti serta menyumbang kepada stabiliti ekonomi. Terdapat tiga gambaran mengenai implikasi teknologi komunikasi terhadap pekerjaan. Antaranya ialah pekerjaan akan diambil alih oleh robot dan mesin.
Terdapat pula, dua andaian yang berbeza mengenai gambaran ini. terdapat andaian bahawa kemahiran pekerjaan dapat ditingkatkan dengan wujudnya tekonologi komunikasi. Pekerja akan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan mesin – mesin dan komputer. Selain itu, andaian bahawa proses automasi akan mengakibatkan pekerjaan. Automasi telah meningkatkan kualiti produk yang lebih konsisten dan pada kos pengeluaran lebih rendah dengan pekerja tidak mahir menjayakan tugas dalam sehari (Foulkes :470). Robot semakin banyak digunakan dalam industri barat, terutamanya untuk menggantikan kerja - kerja bahaya yang boleh menjejaskan kebajikan serta kesihatan pekerja. automasi telah menyingkatkan dan mengurangkan kerja - kerja rutin. Dengan itu, lebihan masa dapat, dimanfaatkan dengan kerja - kerja kreatif yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar serta lebih menarik minat pekerja.
No comments:
Post a Comment