THEME

Thursday, 20 October 2011

TEKNOLOGI , PEKERJAAN DAN REVOLUSI

     







TEKNOLOGI DAN PEKERJAAN


          Teknologi komunikasi yang semakin berkembang memberi kesan kepada bidang pekerjaan dan mempengaruhi golongan pekerja. Penggunaan sistem robotik, automasi kilang dan pengawalan berkomputer telah meluas dalam bidang pengeluaran. Bagi sektor bukan pengeluaran pula, teknologi maklumat menjadi teknologi baru yang terus pesat bagi perkhidmatan awam dan swasta.

           Perkembangan ini telah mengubah permintaan pekerja, kemahiran pekerja, kandungan dan struktur susunan kerja serta menghasilkan perhubungan yang baru dalam industri. Werneke (1984) berkata, kesan positif dan negatif teknologi ini bergantung kepada bagaimana ia digunakan dan tujuan sebenar pengenalan teknologi tersebut. Golongan optimis berpendapat perkembangan teknologi komunikasi memberikan impak positif iaitu banyak kelebihan telah dihasilkan, sedangkan pihak yang kritis berasa bimbang dan khuatir dengan perkembangan ini. Golongan kritis ini bimbang impak negatif teknologi ke atas golongan tertentu terutamanya wanita dan golongan minoriti.

            Teknologi telah mengakibatkan fleksibiliti dalam penggunaan komputer pada kos yang rendah. Ianya tidak memerlukan ruang yang besar untuk diletakkan dan boleh memproses, menyimpan serta memindahkan maklumat dengan mudah, murah, tepat dan cepat.

           Dalam sektor perbankan, penggunaan teknologi komunikasi memudahkan urusan antara penyedia perkhidmatan iaitu bank dengan pelanggannnya. Mesin ATM telah mengurangkan beban teller dan membebaskan mereka daripada rutin pekerjaan yang bosan. Kawalan sistem pengurusan oleh komputer pula membolehkan pengurusan dan penyeliaan dipusatkan dan dapat mengelakkan penipuan. Sistem berkomputer menjamin urus niaga yang pantas.

           Golongan optimis berpandangan bahawa teknologi komunikasi dapat meningkatkan produktiviti dan menjimatkan penggunaan buruh. Sistem automasi meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan dan mengurangkan kos pengeluaran. Robot juga dapat digunakan dalam industri berat bagi menggantikan kerja-kerja bahaya untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan pekerja.

           Teknologi menjamin keadaan kerja yang lebih saksama. Henriques (1997) mengatakan bahawa penggunaan komputer dalam mengukur prestasi kerja adalah postif jika dilihat daripada sudut pengukuran automatik kerana komputer tidak ada sifat bias.

           Teknologi juga dikatakan mewujudkan "work decentralization" iaitu satu terma yang digunakan untuk menggambarkan bahawa satu pekerjaan boleh dilakukan di beberapa tempat berlainan dengan adanya terminal komputer. Contohnya, "teleworking" menjadikan sesuatu kerja itu fleksibel terutamanya bagi wanita. Kerja boleh dilakukan di rumah mengikut kesesuaian waktu dan tanggungjawab domestik. Ia menjimatkan masa, wang untuk tambang pengangkutan dan dapat elakkan kesesakan jalan raya.
           Golongan berfikiran kritis pula bimbang akan kelebihan dan perkembangan teknologi ini. Bagi mereka, teknologi akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan. Apabila pengautomasian berlaku, kerja akan dilakukan oleh mesin dan robot untuk menggantikan tugas manusia. Hal ini demikian kerana penggunaan mesin mengurangkan kos operasi. Oleh itu, banyak juga pekerja akan dibuang dan pengangguran terus meningkat. Bagaimanapun, Denton (1997) menyangkal dakwaan ini kerana baginya, automasi tidak dapat dilakukan tanpa bantuan dan pengawasan daripada manusia. Pengangguran juga sebenarnya bukan hanya diakibatkan oleh kepesatan teknologi tetapi turut dipengaruhi oleh masalah kemelesetan ekonomi.

            Perkembangan teknologi juga mengakibatkan pekerjaan tidak lagi tertakluk kepada kawalan pekerja tetapi berdasarkan subordinat mesin. Tinjauan mendapati 17 % wanita yang menggunakan komputer merasakan bahawa tugas mereka dikawal mesin dan pengawasan daripada majikan juga bertambah yang mengakibatkan tekanan ketika bekerja. Dalam jangka masa panjang, penggunaan komputer mengakibatkan keletihan mata, tulang belakang dan tekanan.

             Berkaitan dengan "teleworking" dan "electronic cottage", tinjauan mendapati pekerja wanita berasa keberatan untuk bekerja di rumah kerana ianya akan menegangkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan beban rumah tangga (double burden). Mereka perlu bekerja dan melakukan tanggungjawab domestik dari rumah. Kesatuan sekerja juga menolak "homeworking", ini mengakibatkan mereka tidak dapat menerima kelebihan seperti pekerja biasa. Pemikir kritis berpendapat, "teleworking" ialah satu teknologi yang disalahgunakan oleh majikan untuk mengeksploitasi pekerja kerana mereka tidak dilindungi oleh undang-undang buruh dan kesatuan sekerja.

              Perkembangan teknologi mengakibatkan pekerja perlu menyiapkan diri dengan kemahiran sains dan teknologi dan ini hanya mendatangkan keuntungan kepada lelaki. Wanita dan golongan yang tua akan menerima kesan yang negatif dalam pemilihan kerja dan persoalan kehilangan pekerjaan. Hal ini demikian kerana wanita sering distereotaipkan sebagai kurang cekap mengendalikan peralatan teknikal dan elektronik. Wanita juga kurang pilihan dalam kerja berbanding lelaki. Ditambah dengan tanggungjawab domestik, perkembangan teknologi merumitkan masalah wanita mencari pekerjaan.

               Teknologi yang pesat akan mempengaruhi susunan kerja dan membentuk perhubungan kerja yang baru. Contohnya, automasi akan mengakibatkan "deskilling". Kawalan kerja oleh majikan akan bertambah, pihak pengurusan berkuasa penuh merancang dan mereka bentuk kerja serta mengehadkan operasi tertentu sahaja sehingga pekerja diprogramkan seperti robot. "Deskilling" ini telah mengasingkan perhubungan di antara pekerja. Pengasingan di antara pekerja mahir dan tidak mahir ini bertujuan untuk meminimumkan usaha pekerja menentang majikan.

               Teknologi tidak hanya mempengaruhi pekerja tetapi juga majikan dan industri, faktor hubungan kuasa antara buruh dan majikan harus ditelitikan dalam perbincangan kesan teknologi terhadap hubungan industri. Transnasional Corporation (TNC) merupakan majikan yang sering melabur dan menggunakan teknologi komunikasi dan informasi. Penguasaan IT dan teknologi oleh TNC membolehkan mereka mengawal pekerja melalui kadar upah dan keadaan kerja. Golongan kapitalis yang juga pemilik modal akan mengehadkan pengaliran maklumat kepada pekerja dan melemahkan keyakinan kesatuan sekerja untuk memperjuangkan hak pekerja. Oleh itu, mereka dapat mengukuhkan kedudukan kelas ekonomi dan melalui penindasan terhadap kelas pekerja.

              Hakikatnya, perkembangan teknologi memberi kesan positif dan negatif kepada kelas pekerja. Namun, impak negatif sebenarnya banyak secara halus dan bukan secara langsung, ianya harus ditelitikan secara mendalam. Teknologi diakui mempunyai kelebihan namun ianya haruslah digunakan dengan betul demi kepentingan bersama bukan sebelah pihak sahaja.




ANTARA ARTIKEL YANG BERKAITAN 



Beliau merupakan salah seorang anggota Kelompok Ternakan Pucak Manik yang bernama Bapak Itiki Putu Gargita yang merupakan seorang petani dari Desa Lokapaksa, Indonesia. Usia beliau yang telah mencapai 70 tahun dan beliau tidak pernah mempedulikan hiruk-pikuk dunia ini yang sentiasa berebut akan kekuasaan untuk mendapatkan pekerjaan yang mewah. Kehidupan sehariannya adalah sebagai buruh dan petani. Kehidupannya juga sangat sederhana sekali. Beliau kini tinggal bersama isterinya yang kini sedang sakit tenat dari 5 tahun yang lalu. Beliau juga memiliki 2 orang anak iaitu anak pertamanya merupakan seorang perempuan yang kini sudah berkeluarga, sedangkan anak keduanya adalah bekerja sebagai buruh di sebuah kedai bond bahan bangunan di Kota Denpasar dengan gaji yang hanya cukup untuk menyara kehidupannya di kota Denpasar sahaja. Semasa musim kemarau, beliau akan bekerja sebagai buruh tani dan sekiranya tiada pekerjaan di sektor pertanian, beliau akan bekerja sebagai buruh bangunan.



Add caption

            Kejadian ini menimpa kilang minyak terbesar di Indonesia Isnin 11 Mac 1996. 3 orang pekerja syarikat kontraktor Sdn Bhd. MJ yang membersihkan cerobong CDU telah terkena kilatan api yang menyambar kain lap dan sekujur tubuhnya. Ketiga-tiga mereka mengalami luka daripada kesan bakar yang cukup serius dan salah seorang antara mereka mengalami patah tulang pinggang akibat daripada terjatuh dari tangga yang setinggi 10 meter.Pada hari kejadian, 3 pekerja baru yang baru sahaja bekerja selama 1 bulan telah diperintahkan untuk membersihkan cerobong CDU. Pada pukul 8.00, dimana mereka mula membersihkan cerobong pemprosesan minyak mentah dari bahagian bawah, salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa beliau merasa panas. Secara tiba-tiba, lap yang mereka gunakan terbakar dan menimbulkan kebakaran api yang cukup besar. Akibatnya baju yang mereka gunakan pada saat itu terbakar dan kedua-duanya jatuh kerana terkejut dengan kemunculan api. Seorang pekerja lain yang menunggu di bawah juga turut terkena gumpalan api dan ikut terbakar. Ketiga-tiganya mengalami kelukaan daripada kesan bakar yang serius dan seorang daripada mereka telah patah tulang pinggang kerana terjatuh dari ketinggian yang melampau. Juga telah menganggarkan bahawa punca api yang bermula dari lap pembersih yang digunakan oleh pekerja mereka adalah mengandungi minyak atau bahan mudah terbakar yang lain.




DEFINISI TEKNOLOGI DAN REVOLUSI PEKERJAAN


        Teknologi mempunyai konsep yang luas dan terdapat pelbagai takrifan mengenainya. Takrifan yang pertama adalah berkenaan pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses dimana dapat menyelesaikan masalah manusia dan teknologi juga amat berkait rapat dengan gadget atau rekaan yang menggunakan prinsip sains dan rekaan terkini.
                  
       Maksud yang kedua pula adalah lebih pada bidang ekonomi, dimana teknologi mampu dilihat  sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Maka, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita turut berubah.
               
       Teknologi dalam aspek ideologi pula adalah kerap kali dianggap baru atau lebih baik dan kerana teknologi jugalah, ia membawa masyarakat manusia ke arah revolusi pekerjaan iaitu dimana perubahan teknologi memberi kesan pada sosioekonomi, dan budaya pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 yang membawa kepada penggantian ekonomi dimana pekerja didominasi oleh industri mesin. Revolusi ini juga telah diperkenalkan oleh Barat dengan memperkenalkan mesin wap dan peralatan-peralatan mesin logam dari abad ke-19 yang membawa kepada pembuatan produk bagi industri lain.
     
        Revolusi pekerjaan merupakan antara revolusi yang terpenting dalam sejarah dunia. Revolusi pada tahun yang dibawa oleh barat ini telah membawa kepada transformasi besar-besaran dalam masyarakat peradaban dunia.
            
        Revolusi industri yang terawal adalah dimana mesin menggantikan tangan manusia dalam melakukan pekerjaan dan hal ini telah menunjukkan bahawa tangan manusia tidak lagi dilihat sebagai dominan kerana manusia hanya digunakan sebagai operator atau sebagai pekerja lain dimana terdapatnya pekerjaan yang masih tidak mampu dibuat oleh mesin pada masa itu.

       Pertanian merupakan sumber pendapatan sebelum tercetusnya revolusi pekerjaan diman sektor pekerjaan pada masa itu adalah sedikit dan masih dalam skala yang kecil atau lebih dikenali sebagai ‘home industry’. Sebagai contoh, masyarakat pada masa itu lebih banyak menggunakan kekreatifan masing-masing untuk menghasilkan produk seperti menenun dan bertukang dimana hasilnya akan dijual di kota.

           Namun demikian, revolusi pekerjaan ini telah mengubah segala-galanya. Sebagai contoh, pekerjaan untuk industri pembuatan rumah dan besi sudah semakin meningkat dimana mesin pada masa itu telah banyak menggantikan pekerjaaan manusia sebahagian besarnya.  Selain itu, terdapat juga pekerjaan dalam membuat jalan-jalan baru, saluran air, jalan kerta api dan kapal wap untuk mengangkut bahan-bahan industri atau produk-produk fabrik ke pasaran sama ada dalam atau luar negara. Kaum- kaum petani dari daerah kecil Inggeris seperti  Inggeris Tengah, Inggeris Utara dan Skotlandia juga telah berpindah ke kota-kota besar seperti Manchester, Newcastle, Glasgow dan Birmingham untuk melakukan pekerjaan di industri-industri baru dimana mereka akan bekerja sebagai buruh fabrik.

          Revolusi pekerjaan di Inggeris pada tahun 1800 masih lagi perlahan namun revolusi ini telah pun menjangkiti ke negara-nagara lain terutamanya di Eropah dan Amerika Utara. Para pekerja yang terampil dan berpendidikan telah mula menghasilkan barang-barangan industri bagi memenuhi permintaaan yang kian meningkat pada masa itu. Seterusnya, mereka telah memperkasakan lagi sistem-sistem jalan kereta terbesar di dunia untuk mengangkut bahan-bahan beku industri. Maka, pada sekitar tahun 1850, bermulalah tahap kedua revolusi pekerjaan di Amerika Syarikat. Terdapat juga pelbagai teknik baru yang digunakan dalam perindustrian pada ketika itu seperti pengolahan baja serta pembuatan pengangkutan dan kenderaan. Pembuatan fabrik dan proses pembuatan barang yang lebih maju juga turut diperkenalkan.

         Sekitar tahun 1990-an, revolusi ini telah mula bertempat di Rusia, Asia Tenggara dan China. Maka, Inggeris dan Eropah telah mula memperluas revolusi ini dengan membina perindustrian-perindustrian besar seperti perindustrian fabrik. Pengeksploitasian terhadap sumber alam juga semakin giat dilakukan dan transformasi pekerjaan juga adalah semakin meningkat. Para petani juga semakin giat dalam menjadi buruh industri.

        Revolusi pekerjaan ini telah membawa kepada impak yang besar dalam sejarah manusia. Sebagai contoh, industri-industri yang besar lebih banyak ke arah penggunaan mesin. Seterusnya menimbulkan golongan borjuis dan golongan buruh dimana terhasilnya pertentangan antara kedua-dua golongan ini yang pada akhirnya menghasilkn sosialisme atau komunisme. 

           Selain itu, terhasil juga urbanisasi secara besar-besaran dimana penduduk di daerah-daerah pertanian telah mula berpindah ke daerah-daerah industri sehingga menjadi sangat padat dan mengakibatkan daerah pertanian menjadi kosong sehingga menimbulkan kaptalisme dan imperialisme moden yang berpusat pada keuntungan dan kemakmuran individu. Maka, pada sistem ini, wang menjadi peranan yang sangat vital. Dimana dalam kapitalisme moden ini, si pemilik modal merupakan pembuat barang, juga sebagai pedagang dan pengedar barang. Pada masa yang sama, kaum kapitalisme ini juga telah berusaha mempengaruhi politik di negara mereka untuk mendapatkan tanah jajahan sebagai sumber bahan mentah dan industri. Maka, dari sinilah timbulnya sejarah yang disebut imperialisme moden.



No comments:

Post a Comment