THEME

Friday, 28 October 2011

Kesan Teknologi Membawa Kepada Pengangguran Manusia.

Teknologi dan Pengangguran
Pengangguran didefinisikan sebagai mereka yang tergolong dalam kategori pencari kerja dan ingin mendapat pekerjaan tetapi belum memperolehnya. Masalah pengangguran menyebabkan pendapatan nasional dan tahap kemakmuran masyarakat tidak mencapai tahap maksimum. Istilah pengangguran juga ditafsirkan sebagai orang yang tidak bekerja sama sekali, sedang mencari pekerjaan yang layak dengan kelayakannya. Pengangguran umumnya disebabkan bilangan pencari kerja tidak sebanding dengan jumlah peluang kerja yang mampu disediakan. Pengangguran sering kali menjadi masalah dalam perekonomian kerana dengan adanya pengangguran, produktiviti dan pendapatan masyarakat akan berkurang sehingga menyebabkan timbulnya masalah kemiskinan dan masalah sosial yang lain.
Pengetahuan teknologi canggih seperti robotik dan kecerdasan buatan semakin berkembang pesat dan kadang-kadang kita tidak menyangka kemajuan teknologi yang bakal di­capai oleh kepakaran manusia dan kemodenan ilmu. Pada masa sekarang, kebanyakan robot yang dicipta adalah untuk digunakan dalam sektor industri. Robot-robot diperlukan untuk mengilang pelbagai jenis produk, yang kecil hingga yang besar, daripada barang makanan sehinggalah kepada produk teknologi canggih seperti kereta dan cip peranti elektronik. Robot­-robot rutinnya diaplikasikan untuk memateri tin, mengisi sos di dalam botol, menyapu cat pada kereta, memasang skru pada perabot dan pelbagai tugasan industri lain. Segalanya dilakukan secara au­tomatik, minda robot sedia di program untuk melakukan apa-apa sahaja.




Semasa persediaan rangka ke lapan Perancis(1981) telah dihitung iaitu semasa memperkenalkan teknologi canggih seperti robot di dalam industri, sebanyak 30 000 pekerja akan hilang pekerjaan. Di mana pada masa tersebut tidak sampai 1%  daripada jumlah pekerja akan mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti sebelumnya. Pengkaji di German pula bersikap pesimistik mengenai pekerjaan dan kesan memperkenalkan robot di dalam bidang perkilangan.  Menurut kajian yang dilakukan oleh Commerzbank, lebih separuh daripada 1. 2 juta barisan pemasangan kerja akan tergugat oleh kebijaksanaan generasi kedua robot sebelum 1990an.
Tidak dapat dinafikan, dengan wujudnya teknologi canggih di dalam kehidupan kita, secara tidak langsung ia akan menutup sedikit demi sedikit peluang pekerjaan yang ada. Hal ini kerana dengan adanya kemudahan seperti robot di dalam sektor perkilangan, ia secara tidak langsung akan menutup peluang para pencari kerja. Hal ini kerana robot mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding para pencari kerja yang tahap kemahirannya masih rendah. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di negara maju seperti Negara Jepun, di mana jumlah tenaga kerja manusia yang digunakan dalam sektor industri semakin berkurang kerana digantikan dengan robot-robot atau mesin-mesin yang lebih tahan lasak dan lebih lama bekerja berbanding manusia. Tidak dinafikan juga pada masa akan datang kegunaan robot-robot ini akan semakin meluas bukan sahaja dalam bidang industri, malah juga dalam bidang perubatan, ketenteraan, makanan dan lain-lain.
Kerja-kerja robotik selalu­nya melibatkan tugasan tiga D iaitu Dull, Dirty, dan Dangerous yang bermaksud Hambar, Kotor, dan Bahaya. Kebiasaannya, robot digunakan untuk melakukan kerja hambar yang berulang-ulang, seperti menampal la­bel kertas pada tin makanan dalam produk kilang dan manusia pula tentu kebosanan jika me­nampal label jenama sardin pada tin berjam-jam hingga beratus ribu karton. Tetapi robot tidak kisah membuat kerja berulang-ulang malah tidak merungut.
Robot juga sering digunakan da­lam projek penerokaan angkasa lepas, seperti projek National Aeronautics and Space Administration ( NASA ) ke Marikh. Satelit Measat Malaysia yang baru-baru ini dilancarkan dioperasi oleh robot dan peranti kawalan. Apabila angkasawan Malaysia mula dihantar ke angkasa lepas, beliau juga bakal bergantung kepada robot untuk banyak eksperimen angkasa, malah robot dan otak elektro­nik jugalah yang akan membantu beliau bergerak, melupuskan barang buangan, menentukan hala tuju orbit stesen ang­kasa lepas, berkomunikasi dengan bumi, dan mencatu oksigen untuk pernafasan.
Dalam dunia perubatan juga robot-robot semakin giat digunakan. Sudah wujud robot-robot yang ber­bentuk tangan atau kaki manusia, dengan endoskeleton dilitupi prostetik dan dikawal oleh peranti pneumatik atau hidraulik dan dicipta untuk membantu hidup orang yang kudung tangan atau kaki. Tangan atau kaki palsu yang dikawal oleh mekanisme robotik itu kemudiannya dipasangkan ke tubuh, dan boleh bertindak seperti tangan atau kaki biasa, dikawal terus oleh sistem saraf atau neuron otak secara semula jadi. Para pesakit yang memakainya sering melaporkan bahawa dengan tangan atau kaki robotik palsu itu, mereka boleh hidup seperti manusia normal yang lain, dan apabila sudah biasa, mereka seperti tidak sedar kehadirannya
Dengan adanya teknologi yang semakin canggih kesannya ia akan menyebabkan suasana kerja dan waktu bekerja semakin berkurangan. Antaranya adalah situasi pekerjaan tetap tidak lagi terjamin dan pada bila-bila masa sahaja mereka boleh dibuang dari bekerja, dan semakin lama semakin sedikit pekerja yang akan menerima gaji untuk bekerja sepenuh masa. Selain itu sektor perkilangan akan mengambil lebih sedikit pekerja hal ini kerana telah digantikan dengan robot-robot yang lebih banyak kelebihan berbanding manusia yang hanya menggunakan tulang empat kerat sahaja, dan syarat yang dikenakan untuk mengambil pekerja baru juga akan semakin ketat seperti pekerja yang mempunyai pengalaman kerja yang lebih lama sahaja akan menjadi keutamaan hal ini akan menyebabkan lebih banyak pengangguran berlaku terutama dalam kalangan belia. Bukan itu sahaja permintaan yang sangat tinggi terhadap pekerja mahir turut akan meningkatkan dan kerja yang dilakukan secara manual semakin berkurangan.
Selain itu, bentuk pekerjaan baru seperti organisasi sosial dan sektor awam  akan menerima perubahan yang mendadak terutama dari carta organisasi di mana robot-robot yang berteknologi canggih akan menjadi keutamaan berbanding manusia. Dapat dilihat juga akan lebih banyak perkhidmatan yang menggunakan konsep layan diri tidak kira di dalam komuniti mahupun di dalam organisasi. Manakala  jurang di dalam organisasi akan semakin luas hal ini diakibatkan oleh penggunaan teknologi-teknologi canggih ini lantas menyebabkan tenaga kerja manusia dilupakan.
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah dengan adanya teknologi yang canggih, seperti robot, ia dalam pada masa yang sama akan memudahkan kerja manusia. Keupayaan untuk menghasilkan barangan/ produk semakin banyak berbanding menggunakan tenaga kerja manusia. Namun demikian, dengan adanya teknologi ini, ia akan menghapuskan peluang kerja manusia.

No comments:

Post a Comment