Menurut Muana Nanga, 2001, pengangguran merupakan kenyataan yang dihadapi tidak sahaja oleh negara-negara sedang berkembang, akan tetapi juga oleh negara-negara yang sudah maju. Secara umum, pengangguran dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan di mana seseorang yang tergolong dalam kategori angkatan kerja tidak memiliki pekerjaan dan secara aktif sedang mencari pekerjaan. Pengangguran merupakan masalah pokok dalam sesuatu masyarakat moden.
Pengangguran teknologi adalah pengangguran akibat dari kemajuan teknologi. Misalnya terjadi pada sektor pertanian dan perindustrian. Akibat dari penggunaan mesin-mesin, sumber daya manusia yang awalnya digunakan, tetapi telah diganti oleh tenaga mesin.
Pengangguran boleh menimbulkan kesan negatif, yang bukan hanya bagi penganggur, namun juga bagi masyarakat di sekitarnya. Pengangguran membawa permasalahan ekonomi sesebuah keluarga, yang boleh menyebabkan terganggunya masalah pekerjaan. Sebagai contoh sebelum ada alat menuai padi, orang yang bekerja sebagai penumbuk padi bekerja, tetapi setelah mempunyai mesin menuai padi maka mereka tidak bekerja lagi.
Kesan kepada masyarakat melihat kepada teori komunikasi bermula dengan penggabungan di antara kepantasan sosial dan perubahan ekonomi. Semasa revolusi industri di Eropah, perubahan tersebut memberi kesan kepada pertumbuhan kepentingan peranan komunikasi kapitalis dan empayar dan juga kelebihan di dalam sains untuk memahami dunia sebenar. Konsep komunikasi telah digunakan oleh ahli falsafah Claude Hanride Saint Simon (1760-1825) di dalam ( Thussu, 2000, international communication).
Dalam konteks pengangguran, teknologi telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pengangguran. Ini telah menyebabkan berlakunya “downsizing” dan “outsourcing”. Kebanyakan pekerja mahir dan separa mahir telah kehilangan pekerjaan dan secara tidak langsung terjadinya pengangguran. Ini kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka telah digantikan dengan peralatan mesin canggih.
Peralatan tradisional dan tenga buruh digunakan dalam kegiatan pertanian. |
Mesin digunakan dalam pertanian moden. |
Penggunaan teknologi Robot dalam pekerjaan.
Merujuk kepada robot institute of Amerika (1979), sebuah robot adalah satu mesin yang diprogramkan untuk pelbagai fungsi serta direka untuk memanipulasikan alat-alat khusus melalui pemboleh ubah usul-usul terancang untuk mempersembahkan pelbagai tugas. Istilah robot berasal dari bahasa Cekoslowakia. Kata robot berasal dari kosa kata “Robota” yang bererti “kerja cepat”.
Kegunaan robot secara amnya digunakan untuk menggantikan kerja manusia yang memerlukan ketelitian yang tinggi atau mempunyai risiko yang sangat besar atau boleh mengancam keselamatan manusia.
Kelebihan robot digunakan pada masa ini ialah robot-robot tidak akan mendapat sakit atau perlu berehat, jadi mereka boleh bekerja 24jam sehari, dan 7 hari satu minggu. Apabila tugas itu membahayakan manusia, mereka boleh jadi melakukan kerja tersebut. Seterusnya robot-robot tidak menjadi bosan, jadi kerja yang berulang dan tidak bermanfaat adalah tidak masalah untuk sebuah robot.
Kebanyakan negara-negara maju dan negara-negara membangun giat menghasilkan teknologi seperti robot. Contohnya negara Jepun dan negara-negara Eropah untuk kegunaan industri.
Menggunakan robot untuk melakukan kerja-kerja rumah sering menjadi tema cerita-cerita fiksyen sama ada dalam bentuk penulisan mahupun tayangan. Pada masa lalu realiti untuk melihat robot yang berkeupayaan menjadi pembantu rumah, serta menggantikan tugas pembantu rumah sudah agak mustahil.
Masalah utama yang dihadapi oleh negara kecil berkuasa besar seperti Jepun adalah masalah tenaga kerja dan pada masa yang sama golongan tuannya bertambah. Mengikut kajian, rakyat negara matahari timur terbit itu mempunyai kadar kelahiran yang rendah tetapi jangka hayat yang tinggi. Oleh itu, tidak hairanlah Jepun menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi penciptaan robot di Jepun tidak disangkal merupakan jalan terbaik bagi mengatasi permasalahan ini. Penciptaan robot yang mempunyai hubungan erat dengan manusia merupakan ciri ditekankan oleh penyelidik Jepun dalam usaha menghasilkan robot.
Sehubungan itu, robot yang dapat berfungsi membantu manusia dengan selamat, boleh berkomunikasi dan tangkas bekerja semakin diperlukan. Kebanyakan penyelidikan robot ketika ini lebih menumpukan terhadap aspek hiburan dan hanya sedikit kajian dibuat terhadap penciptaan robot yang memenuhi ciri seperti selamat, boleh diharapkan dan pantas. Bagaimanapun universiti, penyelidikan terkemuka Jepun, Universiti Masada, baru-baru ini memperkenalkan Twenty-One, robot yang direka untuk membuat kerja rumah dengan jari dan tangan yang lembut supaya boleh menggenggam seperti manusia serta menyokong tubuh apabila duduk dan berdiri.
Namun begitu, jika penggunaan mesin seperti robot digunakan 100% dalam sesebuah kilang itu, sudah pasti tenaga pekerja yang digunakan sangat sedikit. Ini akan meningkatkan kadar pengangguran. Selain itu, untuk mendapatkan sesuatu mesin, sesebuah pihak perlu berbelanja besar. Apabila sesebuah mesin itu mengalami kerosakan, pihak pengurusan sudah pasti akan membaikinya. Kos untuk membaiki sesebuah mesin yang berteknologi tinggi sangat mahal, dan ini sudah pasti akan membebankan pemilik mesin tersebut.
Robot bermain |
Robot Industri |
Robot Twenty-One |
Robot menyerupai manusia |
Kesimpulannya dengan kewujudan mesin dan robot melalui perkembangan teknologi yang semakin canggih sebenarnya telah memberi kesan kepada masyarakat terutamanya dalam peluang pekerjaan. Penggunaan yang terhad terhadap tenaga kerja dan peningkatan penggunaan teknologi seperti mesin dan robot telah meningkatkan pengangguran dalam pekerjaan.
Sumber rujukan:
1. Abdul Razak Hamdan (2000) : Teknologi Maklumat, (5-10)
2. Colin Gill, (1985) : Work, unemployment, and the new technology, (71-75)
3. Thussu, (2000), international communication, (1-15).