THEME

Thursday, 10 November 2011

Jalan Pendapatan Online

Pendapatan bermaksud sumber gaji yang masuk dalam sesuatu tempoh melalui pekerjan ataupun pelaburan yang dilakukan. bagi mendapatkan pendapatan pada suatu ketika dahulu seseorang perlu keluar rumah dan mencari pekerjaan bagi mendapatkan rezeki mereka bagi menampung kehidupan yang serba memerlukan wang dalam segala urusan terutamanya untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pakaian, rumah dan kenderaan. Dengan memiliki barangan asas ini barulah kehidupan akan dianggap sempurna. Namun hal ini berubah dengan perkembangan teknologi komunikasi yang mengubah gaya kehidupan untuk memperolehi pendapatan.


Perkembangan internet sejak tahun 90an telah banyak mengubah gaya kehidupan manusia dalam mencari peluang dan ruang bagi mengisi kocet mahupun sebagai sumber pendapatan utama ataupun bagi tujuan sumber pendapatan sampingan. Peluang yang ada dapat digunakan dengan bermanfaat sekiranya pengguna pandai mencari peluang dan boleh menjadikannya satu peluang yang baik bagi mengisi kocet secara harian ataupun bulanan yang boleh menjadi gaji tetap dengan bekerja secara mudah hanya dari rumah dan hanya memerlukan talian internet sebagai medium penghubung.


Pada masa kini dengan perkembangan teknologi komunikasi telah banyak mengubah gaya dalam kehidupan kita dalam melakukan segala urusan seharian. Perubahan yang berlaku sangat memberi kesan dalam kehidupan, perkara yang paling memberi kesan adalah kesempatan untuk seorang individu tidak lagi perlu untuk keluar rumah bagi memperolehi pendapatan bagi menampung kehidupan mereka, hal ini berlaku begitu meluas dengan terhasilnya kemudahan talian perhubungan internet yang mampu menghubungkan setiap pengguna kepada kepelbagaian sumber pendapatan.

Pada masa yang sama pelbagai jenis perniagaan yang telah di wujudkan dengan kepelbagaian terma yang cuba menarik minat pengguna, hal ini bertujuan menarik minat pengguna bagi mereka menjana pendapatan menerusi online. Bagi pengguna yang mempunyai kemahiran untuk membina lama sesawang ataupun mampu untuk mengupah orang untuk membina lama sesawang sendiri, mereka boleh merancang satu sistem jualan barangan berdasarkan sistem pemasaran e-dagang yang dapat menjana pendapatan buat mereka yang berminat untuk menjana pendapatan. Melalui e-dagang pengguna mempunyai satu rangkaian untuk dikembangkan dengan melakukan promosi untuk membentuk rangkaian yang besar, segala urusan pemilikikan replika promosi juga turut diberikan kepada pengguna yang berminat untuk menambah pendapatan dan pengguna boleh berkongsi perkhidmatan yang ditawarkan dalam laman forum, laman sosial yang dekat kepada pengguna pada masa kini yang terdedah dengan teknologi komunikasi, keadaan ini digunakan meluas menjadikan perkembangan yang baik dan menjimatkan berbanding penggunaaan kaedah lama yang memerlukan proses pengiklanan melaluai media cetak dan elektronik yang tinggi kosnya.










Pendapatan online yang berkembang bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan di negara ini adalah ‘online shop’ dengan kemudahan dan perkembangan teknologi segala urusan jual beli dapat dijalankan dengan mudah, kaedah yang paling menjimatkan untuk memulakan ‘online shop’ adalah dengan membuka akaun dalam ruangan blog seperti ‘www.blogspot.com’, pemilik laman blog hanya perlu mempamerkan imej barangan yang ingin dijual dan segala urusan dilakuan hanya di atas talian, antara barangan yang boleh diperolehi melalui blog ialah barangan keperluan yang kita perlukan seperti perkhidmatan, barangan makanan, pakaian, hartanah, kenderaan dan banyak lagi jual beli boleh dilakukan, dengan perkembangan teknologi urusan jual beli boleh dijalankan tanpa mengira waktu dan perkembangan dalam perbankkan dapat membantu segala urusan jual beli bagi pengguna menjalankan pembayaran secara terus dengan pemindahan wang dari akaun pengguna kepada peniaga, urusan ini telah merancakkan lagi urusan penjual bagi mencari pendapatan dengan medium moden teknologi kominikasi.



Pengguna yang rajin untuk mencari sumber pendapatan dengan perkembangan teknologi boleh mendapatkat maklumat dan perkongsian maklumat melalui laman blog individu ataupun dengan laman yang bertujuan untuk mempermosikan perkhidmatan yang dijalankan. Pelbagai jenis kaedah untuk menjana pendapatan yang boleh ditemui, antara kaedah yang ditawarkan pendapatan secara ‘multi lavel marketing’ (MLM), pendapatan pasif, membuat soal selidik, promosi laman web dan banyak lagi mengikut perkembangan keadaan semasa. Pada masa kini  laman yang menjadi perkongsian maklumat ini yang popular bagi mendapatkan maklumat dan boleh dijadikan sebagai rujukan ialah ‘www.carigold.com’ dan ‘www.majalah.com’.




Walaubagaimanapun pengguna harus memikirkan dan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengunakan ataupun mencuburkan diri bagi segala tawaran yang ada agar pengguna tidak menanggung kerugian akibat penipuan yang dilakukan oleh sendikit yang sekadar ingin memperdaya pengguna semata-mata. Selain itu, walaupun perkembangan teknologi telah mampu untuk mengubah kehidupan dalam mencari pendapatan, masalah besar yang mungkin kita dapat lihat pada masa akan datang ialah terdapat golongan yang tidak dapat menyesuaikan kehidupan dalam masyarakat dan menjadikan golongan yang kurang sihat kerana terlalu bergantung kepada teknologi komunikasi.

Oleh itu pengguna seharusnya mengawal keadaan ini, hal ini kerana jika mereka mampu mengatasi keadaan ini merekan tidak akan menjadi mangsa di bawah kawalan teknologi komunikasi.

PENDAPATAN ONLINE

            Teknologi yang semakin berkembang pesat telah mewujudkan pelbagai kemudahan dalam bidang pekerjaan. Teknologi masa kini telah mewujudkan pekerjaan seperti perniagaan online iaitu dengan menggunakan teknologi seperti internet. Ini secara tidak langsung telah mewujudkan pendapatan online melalui perniagaan menggunakan internet. Pendapatan online atau lebih dikenali sebagai “internet marketing” merupakan istilah umum bagi pelbagai jenis promosi ataupun jualan produk yang dilakukan melalui medium atau platform internet.
Andrew Selby dan Alistair Farzad,
 
Andrew Selby dan Alistair Farzad, dua orang remaja yang berasal dari Leeds yang telah berjaya dalam perniagaan online. Mereka telah menubuhkan sebuah syarikat yang menjual aksesori “Skin” atau lapisan paling luar bagi sesuatu peranti mudah alih khususnya peranti digital seperti "iPod" yang kini dianggap sebagai satu keperluan kepada pengguna terutamanya di kalangan remaja. Mereka menubuhkan syarikat I-Magine seawal usia 20-an. Mereka hanya mengambil masa 12 bulan untuk berjaya dalam perniagaan online dan kini mereka bukan sahaja menjual skin untuk iPod tetapi menjual pelbagai aksesori untuk peranti yang sangat popular di kalangan remaja. Aksesori dijual melalui laman web utamanya iaitu Iskins yang boleh dicapai di www.iskins.co.uk

Internet merupakan platform yang paling ideal untuk memulakan sesuatu perniagaan. Ini kerana penggunaan internet dalam perniagaan tidak memerlukan banyak modal. Apa yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ialah dengan memiliki komputer serta sambungan ke internet. Selebihnya ialah idea yang menjadi aset yang paling berharga bagi menjana konsep produk atau perkhidmatan yang kreatif dan inovatif.
Kemudahan teknologi membantu mewujudkan perniagaan yang mudah dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Pengusaha tidak perlu menyewa lot kedai serta mengadakan promosi dengan mengiklankan perniagaan secara tradisional misalnya di dalam surat khabar ataupun menerusi pos yang menelan belanja yang besar sebaliknya memadai dengan menjalankan perniagaan menerusi laman web yang telah dibangunkan yang boleh diibaratkan sebagai kedai maya.
Secara umumnya, terdapat dua perkara utama yang boleh diniagakan di internet untuk menghasilkan pendapatan iaitu produk dan perkhidmatan. Penjualan produk di internet boleh dilakukan, seperti menjual barangan buku, barangan kraf tangan, cenderahati, makanan kering, vcd pendidikan, makanan segera, kopi, kaset, peta dan sebagainya. Produk-produk ini adalah hasil buatan sendiri atau usahawan membeli produk ini secara borong dan menjualnya semula.
Menjual perkhidmatan pula adalah persaingan seperti mereka cipta logo dan laman web, khidmat alih bahasa, melukis karikatur, membuat album foto digital, membaiki komputer, pemandu pelancong, tempat peranginan dan sebagainya. Sama seperti berniaga produk, ada antara perkhidmatan ini boleh ditawarkan oleh diri sendiri dan ada antaranya anda hanya menjadi ejen dan mendapat pendapatan melalui komisyen.

 Kelebihan peniagaan online.
Terdapat kelebihan melalui perniagaan internet iaitu perniagaan ini tidak memerlukan banyak modal. Modal sedikit adalah dikeluarkan untuk pembangunan laman web di mana ia boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan. Selain itu, promosi tentang perniagaan boleh dilakukan dengan cara menghebahkan perkhidmatan yang ditawarkan menerusi forum-forum, e-mel, ruang sembang, mesej segera dan juga mengiklan perkhidmatan di dalam laman web atau portal yang popular dikunjungi di mana kos yang diperlukan tidaklah sebanyak kos pengiklanan tradisional.
Seterusnya, jualan perniagaan online boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam. Perniagaan online boleh bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan 365 hari setahun. Menggunakan teknologi ini pelanggan boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai khidmat anda 24 jam sehari. Jika selama ini pelanggan hanya boleh menelefon untuk membuat pertanyaan pada waktu pejabat sahaja, kini mereka boleh lakukan walaupun pada pukul 3 pagi. Ini menambahkan lagi peluang perkhidmatan yang dilakukan dikenali dan digunakan.
Perniagaan online juga mempunyai kelebihan dari segi kurangnya risiko. Semua perniagaan mempunyai risiko. Kelebihan perniagaan online adalah perniagaan ini mempunyai risiko yang rendah berbanding perniagaan offline. Modal yang dikeluarkan boleh disalurkan kepada bentuk perniagaan lain sekiranya perniagaan yang dilakukan menemui kegagalan.
Melalui perniagaan online juga dapat meluaskan perniagaan ke seluruh negara. Misalnya peluang perniagaan global memungkinkan perkembangan perniagaan yang dilakukan ke seluruh dunia. Tidak timbul lagi soal kedudukan geografi. Namun perniagaan yang dilakukan mestilah menepati cita rasa pelanggan. Kelebihan perniagaan online juga seperti tiada batasan dan sempadan, dan peniaga boleh berhubungan dengan pelanggan anda di Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Asia dan Eropah melalui e-mel, blog dan juga facebook.
Melalui perniagaan internet, pendapatan boleh diperoleh melalui "merchant account". Merchant account merupakan institusi seperti bank yang mengawal proses pembayaran. Apabila merchant account telah menerima bayaran daripada pembeli, ia akan menghantar e-mel kepada anda yang menyatakan bahawa bayaran telah dibuat dan anda boleh membuat penghantaran produk atau memberikan perkhidmatan anda. Selain itu penggunaan kad kredit juga boleh dilakukan untuk membuat pembayaran. Ini kerana penggunaan kad kredit adalah sangat mudah dan ringkas.
Kesimpulannya, teknologi kini telah banyak memberi kesan terhadap keupayaan pekerjaan seperti perniagaan online untuk memperoleh pendapatan yang lumayan. Ini memberi peluang kepada golongan usahawan untuk menerokai dan mencipta peluang untuk memperoleh pendapatan melalui perniagaan online melalui kreativiti dan kebijaksanaan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan secara online.
 
Sumber:1. Osman Affan (2007) : Menjual perkhidmatan di internet.
 2. Khairul Nizam Zainal Badri (2007) : Remaja yang sukses dalam e-dagang.
 3.Allan Afuah, Christopher L. Tucci (2003) : Internet, Business models and strategies.
                   5. http://www.mahadirlab.com/apa-itu-perniagaan-internet/ 

DISKRIMINASI PEKERJAAN DAN TEKNOLOGI


Diskriminasi di dalam pekerjaan telah berlaku sejak zaman revolusi perindustrian lagi. Misalnya, kita dapat melihat melalui pembahagian kelas pekerjaan mengikut gender di mana lelaki lebih menguasai sektor-sektor penting dalam pembangunan sesebuah negara berbanding golongan wanita yang dianggap golongan yang lemah dan hanya mampu membuat kerja-kerja seperti suri rumah dan tidak mampu menyumbang produktiviti kepada pembangunan sesebuah negara.
Golongan lelaki dianggap lebih berkuasa, gagah , dan mampu melakukan kerja yang berat jika dibandingkan dengan golongan wanita sering-kali dikatakan sebagai golongan ditindas , tiada hak untuk bersuara apatah lagi memegang jawatan yang tinggi di dalam sesebuah organisasi. Justeru itu , hak-hak mereka dalam menyuarakan pendapat di dalam menentukan keputusan jarang sekali di terima oleh majikan.

“Stereotype” yang sering dipaparkan oleh media juga turut mempengaruhi  diskriminasi pekerjaan terhadap golongan wanita. Misalnya , di dalam filem wanita sering diberikan watak sebagai seorang yang lemah, penyabar, dan menurut kehendak lelaki yang telah diketahui umum mencerminkan seorang yang mempunyai status yang tinggi , kedudukan , pangkat dan mengawal golongan yang lemah.
Perbezaan status ini juga menyebabkan wanita tidak mampu untuk mengusai teknologi yang canggih pada hari ini dan mereka hanya mampu menjadi sebagai penerima teknologi kerana kebanyakan kemajuan serta kecanggihan teknologi dikuasai oleh golongan lelaki.
Misalnya , penggunaan mesin dan jentera berat dalam industri lebih diberikan kepercayaan oleh majikan kerana mereka lebih kuat dari segi fizikal dan mental untuk mengendalikan jika dibandingkan golongan wanita.


Walaupun pelbagai persepsi terhadap wanita yang telah di gambarkan kepada masyarakat melalui media elektronik dan media cetak sejak beberapa dekad yang lalu. Namun , kemajuan yang di kecapi oleh sesebuah negara moden pada hari ini telah membuktikan bahawa bertapa besar sumbangan golongan wanita terhadap perkembangan teknologi. Justeru itu, diskriminasi pekerjaan terhadap golongan wanita tidak seharusnya berlaku dalam memberikan sumbangan terhadap negara.

Wednesday, 9 November 2011

Kualiti dan Produktiviti Kerja


(*1)
            Pengguna masa kini mempunyai kesedaran yang lebih matang terhadap nilai produk dan perkhidmatan yang mereka ingin dapatkan. Mereka menuntut kualiti produk dan perkhidmatan yang terbaik berbanding dengan harga yang mereka bayar. Mereka juga mempunyai alternatif yang pelbagai untuk memilih pembekal yang dapat menawarkan produk dengan nilai yang terbaik kepada mereka. Justeru itu, adalah menjadi cabaran kepada setiap organisasi sama ada awam ataupun swasta yang menawarkan produk atau perkhidmatan supaya lebih komited terhadap isu meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan untuk disediakan kepada pelanggan.

            Produktiviti disifatkan sebagai nisbah output yang dikeluarkan dibandingkan dengan input (sumber) yang digunakan dalam proses pengeluaran produk atau perkhidmatan. Input dalam sistem pengeluaran terdiri daripada tanah, wang, tenaga manusia, mesin, bahan dan masa. Organisasi yang produktif berupaya bersaing pada peringkat global. Sebagai contoh, organisasi yang menggunakan teknologi moden dan terkini dapat meningkat produktiviti kerana ia mampu mengeluarkan produk dan perkhidmatan baru dengan harga yang lebih kompetitif.

            Kualiti produk atau perkhidmatan boleh diukur dari segi kepuasan pengguna atau pelanggan. Ia merangkumi aspek daya tarikan produk, pembungkusan, layanan, komunikasi dan perkhidmatan sokongan. Kualiti dan produktiviti adalah faktor penting yang mampu memimpin daya saing dan daya maju sesebuah organisasi.



(*2)
            Faktor utama yang mempengaruhi produktiviti sesebuah organisasi ialah penggunaan teknologi moden dalam bidang pentadbiran. Melalui penggunaan teknologi, sesetengah proses kerja dapat diautomasi atau dimekanisasikan. Kebanyakkan kerja yang dahulunya dibuat oleh manusia kini telah bertukar kepada penggunaan teknolgi seperti mesin. Sebagai contoh, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mentransformasikan jabatan ini yang mana mereka mengadaptasikan teknologi komunikasi di jabatan ini. Sebelum ini penggunaan sistem secara manual banyak memberi masalah kepada pengguna apabila melibatkan pertukaran maklumat-maklumat. Melalui sistem pendaftaran Pemandu dan Kenderaan, Sistem Perkhidmatan Perlesenan dan Saman yang telah dilancarkana pada tahun 1997, ianya telah meningkatkan kecekapan dan produktiviti dari segi mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat. Sistem ini telah menyediakan perkhidmatan seperti saluran penyampaian “multi delivery channel” secara elektronik kepada orang awam.

            Antara lain ialah Jabatan Pertanian yang telah memulakan Sistem Pemetaan Berkomputer sejak tahun 1981 dan telah mempetingkatkannya sesuai dengan perubahan teknologi kini. Pada tahun 1984 Jabatan Pertanian telah mengujudkan Sistem Maklumat Pertanian. Kesemua maklumat gunatanah dan tanah-tanah telah dimasukkan kedalam komputer. Ia telah meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam pengeluaran peta kerana dahulunya pengeluaran peta mengambil masa 3 bulan untuk dikeluarkan yang mana kini ianya hanya mengambil masa kurang dari 9 jam sahaja.


(*3)
                Selain itu, kita boleh melihat teknologi komunikasi juga berkembang melalui “business online”. Perniagaan secara online telah berkembang dengan pesat di serata dunia. Teknologi komunikasi bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti seseorang itu, malahan ia juga dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat dan salah satunya ialah “business online”. Kedai online samalah seperti kedai-kedai yang lain iaitu untuk menjual barangan cuma barangan dijual secara maya di internet. Kini kita dapat melihat wujudnya banyak perniagaan secara online seperti Busana Kedai Online.Biz, Bookcafe.com.my, niaga24.jam, kedai perantu.net, dan cpuetri2u.com adalah contoh perniagaan secara online.














Terdapat 7 cara paling berkesan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja bagi seseorang yang menjalankan perniagaan secara online.
  1. pengguna perlulah diberi gambaran yang jelas tentang kepakaran, perniagaan dan maklumat yang jelas tentang pemilik perniagaan
  2. peniaga perlu mengelakkan dari membina terlalu banyak akaun kerana ianya boleh menjatuhkan kredibilti diri dan perniagaan.
  3. untuk meningkatkan kredibiliti, seseorang peniaga perlulah memasukkan pengenalan diri dan perniagaan yang lengkap untuk meraih kepercayan pengguna.
  4. peniaga perlulah sentiasa menghargai setiap pengguna yang membuat pembelian dengan mereka untuk menunjukkan kredibilti dan kualiti kerja peniaga.
  5. peniaga perlu menyediakan produk yang berkualiti tinggi untuk menunjukkan sikap peniaga yang amat komited dengan peniagaan yang dijalankan dan secara tidak langsung ia dapat menarik minat pengguna untuk terus berurusan dengan peniaga.
  6. peniaga perlu menyediakan khidmat pelanggan yang terbaik untuk membina jaringan yang kuat antara peniaga dan pengguna. Apabila wujudnya jaringan yang kuat ia akan menyebabkan produktiviti seseorang peniaga itu meningkat.
  7. peniaga harus berpegang pada janji dan sedia menolong pengguna yang mempunyai kesulitan dengan barangan yang dibeli.

(*4)
            Teknologi komunikasi banyak memberi kemudahan dalam hidup kita kerana kita tidak lagi perlu membuang masa, menggunakan tenaga dan modal yang besar hanya untuk berkomunikasi dengan orang lain. Namun begitu, setiap perkara pasti memiliki nilai positif dan negatifnya. Di sebalik semua keuntungan yang kita dapat melalui teknologi komunikasi seperti komputer, tentu saja ada impak negatif yang akan kita perolehi daripada penggunaannya. Di dalam sektor pekerjaan, komputer merupakan salah satu teknologi komunikasi yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Namun begitu, kita tidak sedar bahawa komputer boleh menjejaskan kesihatan seseorang pekerja lantas boleh menyebabkan produktiviti dan kualiti kerja menurun. RSI (Repetitive Strain Injury) atau istilah lainnya ialah Repetitive Stress Injury ialah cedera atau kerosakan yang terjadi kepada otot atau saraf anggota badan yang lain apabila sering melakukan sesuatu perkara itu berjam-jam lamanya. Faktor penyebab kepada RSI ialah penggunaan keyboard dan mouse selama berjam-jam.

            Kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa penggunaan teknolgi komunikasi dalam sektor pekerjaan sememangnya dapat mengembangkan produktiviti dan menyediakan peluang pekerjaan yang meluas serta meningkatkan kualiti kerja di dalam pelbagai sector pekerjaan. Secara dasarnya teknologi komunikasi hanya dilihat dari sudut positif sahaja namun banyak keburukan daripada teknologi komunikasi yang tidak kita sedari dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada seseorang yang banyak terdedah kepada penggunaan komputer terutamanya didalam sektor pekerjaan seperti mata berair dan gangguan penglihatan.    

Thursday, 3 November 2011

diskriminasi pekerjaan

Diskriminasi merupakan salah satu agenda yang telah lama wujud dalam kelompok manusia. Jike dirujuk dalam  Kamus Pelajar Edisi Kedua, diskriminasi ditakrifkan sebagai perlakuan membeza-bezakan sesuatu hal (kerana keturunan, warna kulit dan lain-lain), harga perihal atau perbuatan mengenakan harga yg berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli  yang berlainan,layanan yang  berbeza-beza  terhadap kaum yang  berlainan kerana beranggapan bahawa terdapat keadaan tidak seimbang dari segi  kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dan sebagainya.  Jika dilihat diskriminasi ini selalu terjadi dalam sektor pekerjaan dimana berlakunya ketidakseimbangan daripada aturan kerja yang ditawarkan.

Diskriminasi pekerjaan adalah disebabkan oleh tindakan pembedaan, pengecualian, pengucilan, dan pembatasan yang dibuat atas dasar jenis gender, ras, agama, suku, orientasi seksual, dan lain sebagainya yang terjadi di tempat kerja. Diskriminasi terhadap perempuan di dunia kerja sehingga kini  masih banyak dijumpai di dalam sektor ekonomi. Wujudnya Diskriminasi pekerjaan terhadap wanita hamil dimana  banyak syarikat yang memasung hak-hak reproduksi perempuan seperti pemberian cuti melahirkan bagi pekerja  perempuan yang dianggap pemborosan dan inefisiensi. Perempuan dianggap mengganggu produktiviti  syarikat sehingga ada syarikat yang mensyaratkan calon pekerja  perempuan diminta untuk menunda perkawinan dan kehamilan selama beberapa tahun apabila mereka diterima bekerja. Ada juga diskriminasi yang melibatkan stereotype gender. Contohnya dalam masyarakat Indonesia dan beberapa Negara, wanita kebanyakan ditempatkan pada tugas-tugas administrasi dengan bayaran lebih rendah dan tidak ada prospek kenaikan pangkat. Masih ada stereotype yang ‘menjebak’ bahwa wanita identik dengan “penampilan menarik”, hal ini seringkali dicantumkan dalam kriteria persyaratan sebuah jabatan. Pegawai perempuan sering mengalami tindakan yang menjurus pada pelecehan seksual. Misalnya, ketika syarat yang ditetapkan perusahaan adalah harus memakai skirt pendek dan cenderung menonjolkan kewanitaannya.

Namun jika diperhatikan , wujudnya beberapa sebab kenapa berlakunya diskriminasi dalam sektor pekerjaan. Hal ini dapat dilihat dengan beberapa sebab yang ditonjolkan,antaranya ialah :

1.     adanya tata nilai sosial budaya dalam masyarakat terutamanya di  Indonesia yang umumnya lebih mengutamakan lelaki daripada perempuan (ideologi patriaki).

2.    adanya bias budaya yang memasung posisi perempuan sebagai pekerja domestik atau dianggap bukan sebagai pencari nafkah.

3.    adanya peraturan perundang-undangan yang masih berpihak pada salah satu jenis gender  dengan kata lain belum mencerminkan kesetaraan gender, contohnya pada UU No. 1 tahun 1974 tentang Perkawinan dan Surat Edaran Menteri Tenaga Kerja No. 7 tahun 1990 tentang Pengelompokan Komponen Upah dan Pendapatan Non-upah yang menyebutkan bahwa tunjangan tetap diberikan kepada istri dan anak. Dalam hal ini, pekerja wanita dianggap lajang sehingga tidak mendapat tunjangan, meskipun ia bersuami dan mempunyai anak.

4.    masih adanya anggapan bahwa perbedaan kualiti modal manusia, misalnya tingkat pendidikan dan kemampuan fisik menimbulkan perbedaan tingkat produktifiti yang berbeza. Ada pula anggapan bahwa kaum wanita adalah kaum yang lemah dan selalu berada pada posisi yang lebih rendah daripada lelaki

Pelbagai usaha yang dilakukan bagi mengurangkan diskriminasi terhadap wanita dalam sektor pekerjaan antaranya di indonesia, yang telah dicatat didalam buku  Perempuan & hukum yang diedit oleh Sulistyowati Irianto, beberapa peraturan telah di wujudkan, antaranya ialah:

1.      1. undang-undang no. 80 tahun 1957,iaitu undang-undang yang menwartakan tentang ratifikasi konvensi ILO no. 100 yang menegaskan tentang upah atau gaji yang sama untuk sebarang pekerjaan yang sama nilainya,
2.       
2     2. pasal 3 peraturan pemerintah no.8 tahun 1981 yang menyatakan bahawa pengusaha tidak boleh melakukan diskriminasi terhadap pekerja perempuan dan lelaki dalam menentukan upah untuk pekerjaan yang sama tarafnya.
3.       
3. Undang-undang no 7 tahun 1984 iaitu ratifikasi tentang konvensi ILO yang               menyatakan tentang penghapusan diskriminasi terhadap perempuan, khususnya penghapusan diskriminasi terhadap tenaga perempuan di tempat kerja

4. Undang-undang no 13 tahun 2003 yang mendifikasikan tentang ketenagakerjaan , pasal   5 menyatakan bahawn setiap tenaga kerja memiliki kesempatan yang sama tanpa diskriminasi untuk memperolehi pekerjaan, pasal 6 menyatakan bahawa setiap tenaga kerja atau buruh berhak memperolehi layanan yang sama tanpa diskriminasi dari pengusaha,.

Diatas merupakan sebahagian akta yang telah diwujudkan oelh kerajaan indonesia dalam mengekang berlakunya diskriminasi dalam sektor pekerjaan. Jelas disini bahawan diskriminasi memang berkalu dalam sektor ini dan ia merupakan salah satu  agenda yang telah lama wujud dalam sektor pekerjaan tidak kira dimana negara sekalipun.






sumber
1.       1. Kamus Pelajar Edisi Kedua
2.       
3.        
      3. Sulistyowati Irianto (2006) ; peremuan dan hukum: menuju hukum yang berperspektif kesetaraan dan keadilan,  Yayasan Ibor Indonesia, Indonesia

Diskriminasi dan Pekerjaan

DISKRIMINASI WANITA DALAM PEKERJAAN


Semenjak 40 tahun yang lalu, wanita telah mencapai satu kemajuan mengagumkan di tempat kerja di Malaysia. Konsep  yang sering digunakan terhadap wanita yang bekerja ialah “feminisme buruh”, konsep ini termasuklah 
(a) wanita bekerja dalam industri kilang yang berteraskan ekspot, buruh intensif dan memerlukan kemahiran rendah 
(b) wanita bekerja dalam sektor yang dikuasai lelaki 
(c) wanita terus bekerja dalam sektor pekerjaan yang pada tradisinya adalah bidang wanita dan 
(d) wanita bekerja di luar negara.

Berbeza dengan kaum lelaki, wanita masih diselubungi oleh nilai-nilai budaya, norma dan konsep patriarki terhadap fungsi-fungsi gender dalam masyarakat. Wanita kebiasaannya bertanggungjawab mengasuh dan mendidik anak-anak dan menjadi suri rumah sahaja. Mereka tidak dibayar upah yang sama seperti apa yang dibayar kepada lelaki, sebab utamanya ialah mereka tidak dianggap sebagai pencari nafkah keluarga.
 


Kerajaan telah mengambil langkah dengan memberi gaji yang sama rata kepada wanita dan lelaki yang berada dalam jawatan yang sama, namun langkah itu tidak diambil oleh pihak swasta. Perbezaan pendapatan masih ketara walaupun pekerja lelaki dan wanita berada dalam kedudukan jawatan yang sama. ini berlaku kerana pekerja lelaki dianggap mempunyai kemahiran yang lebih berbanding wanita. Wanita juga kurang dipercayai oleh majikan untuk mengendalikan mesin-mesin atau jentera-jentera yang dianggap hanya lelaki yang boleh mengendalikan mesin atau jentera tersebut.

Perbezaan pendapatan ini bukanlah satu-satunya bentuk diskriminasi terhadap wanita. Umur persaraan dan gangguan seksual di tempat kerja juga merupakan isu-isu yang harus dihadapi oleh kaum wanita. Walaupun lelaki dan wanita bersara pada umur 55 dalam sektor awam, namun ini berbeza dalam sektor swasta. 
Contohnya dalam kes JG Containers Sdn. Bhd.5 Kajian yang dibuat oleh All Women’s Action Society (AWAM) dan Women’s Development Collective (WDC) mendapati bahawa 35 peratus daripada 1,483 responden yang bekerja dalam enam syarikat perintis mengalami satu atau lebih bentuk gangguan seksual di tempat kerja mereka. Daripada responden tersebut, lebih ramai wanita daripada lelaki yang mengalami pelbagai bentuk gangguan seksual. 




Di Malaysia, wanita berterusan memainkan peranan utama untuk melahirkan dan mengasuh anak. Kebanyakan daripada wanita yang bekerjaya, apabila menjangkau umur 30 an dan sudah berkeluarga dan mempunyai anak mereka memberi mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Oleh itu, perkahwinan dan keluarga adalah faktor penimbang utama dalam pengambilan pekerja wanita. Penyiasatan Tenaga Buruh 2003 mendedahkan 70 peratus wanita menyebut “kerja rumah” sebagai alasan utama untuk tidak bekerja. Menurut satu lagi kajian oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang penggunaan masa, wanita melakukan 75 peratus daripada kerja-kerja rumah seperti menjaga anak-anak, memasak dan mengemas rumah. Oleh itu, adalah perlu untuk menyediakan kemudahan pusat penjagaan anak yang lebih baik. Ini supaya dapat membolehkan wanita untuk terus bekerja atau kembali bekerja selepas bersalin.

Kajian semula terhadap dasar pekerjaan yang mengakibatkan diskriminasi perlu dilakukan. Kes Beatrice Fernandez menentang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) merupakan satu contoh kepada pencabulan hak reproduktif. Beatrice memohon kepada Mahkamah satu perisytiharan bahawa peruntukan-peruntukan dalam perjanjian kolektif 1988 MAS tidak sah kerana mendiskriminasi para pramugari dan mencabul hak mereka untuk melahirkan anak. Para pramugari dikehendaki berhenti kerja apabila didapati mengandung dan pihak syarikat boleh menamatkan perkhidmatan mereka jika mereka enggan berhenti.